Liga Super Malaysia dua puluh dua puluh satu sudah melalui perlawanan kelima belas. Ketika pandemik masih membelenggu, perjuangan Harimau Selatan masih utuh tidak terjejas. Teguh aspirasi telah mengkonstruksi mentaliti juara menjadi produktif. Korektif langkah Harimau Selatan semakin dinamik, jitu, maju dan amat progresif.
Tiga puluh enam mata menjadikan Kelab Bolasepak Johor Darul Taโzim (JDT) beberapa bulan masih kekal berada di puncak persada takhta liga. Namun ini bukan masa sesuai untuk Harimau Selatan mendabik dada serta menarik nafas lega. Harus diakui bahawa perjalanan liga masih jauh dan penuh dengan rintangan. Maka konsentrasi perlu dijaga agar tidak terleka dengan arus psikososial yang mengganggu visi perjuangan.
โ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ฒ๐๐ซ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฌ๐๐ฆ๐๐ค๐ข๐ง ๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅโ
JDT sentiasa bercita-cita dan menanamkan keinginan tinggi untuk mencapai prestasi maksimum. Menetapkan matlamat yang jelas serta sentiasa bangun lantas bangkit segera dengan semangat sekental osmium.
Secara teoretikal musim dua ribu dua puluh satu kita bertemu calon pesaing baharu. Kontekstual terkini, setiap pasukan telah berubah walaupun masih disorientasi identiti rentetan perubahan terburu-buru. Namun itu sebenarnya sebuah perkembangan positif. Setiap cabaran pasti membuatkan Harimau Selatan semakin proaktif.
Jangan gentar selagi fundamental perpaduan menjadi resolusi kekal. Setiap pertaruhan kejuaraan dengan izin tuhan kita cuba kaut secara pukal.
โ๐๐๐ง๐ ๐ค๐๐ก ๐ค๐๐ง๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ฆ๐๐ฎ ๐๐๐ฅ๐๐ญ๐๐งโ
Bagai langkah kanan mengiringi perjuangan epik. Perlawanan ketiga belas, JDT melayan kunjungan UiTM FC di Stadium ikonik. Ketika itu kemenangan mutlak telah berjaya dilakar. Harimau Selatan telah mengajar UiTM FC definisi permainan bola sepak sebenar.
Gonzalo Cabrera, Safawi Rasid dan Bergson Gustavo Silveira da Silva telah mencatat nama sebagai penjaring. Terkumulatif tiga puluh tiga mata, menjadikan JDT ketika itu semakin menjarakkan diri dengan pesaing.
โ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฉ๐๐ฌ๐ญ๐ ๐๐๐ซ๐ข๐ฆ๐๐ฎ ๐๐๐ฅ๐๐ญ๐๐งโ
Dua puluh lapan bulan tujuh yang lalu. Berlangsung sebuah perlawanan yang yang begitu ditunggu-tunggu. Menentang Lagenda Malaya yang mengangkat diri sebagai Raja. Dikatakan sebagai pencabar utama, dicanang media terlalu beria. Hakikat sebaliknya, kualitatif JDT buat mereka fobia. Indah khabar dari rupa, apabila segala yang didengar hanyalah propaganda.
Sebelum perlawanan dimulakan. Harimau Selatan memberi solidariti keatas lapan puluh lapan. Semoga diberi kekuatan untuk berjuang menghadapi dugaan. Didoakan kesejahteraan Brendan Gan agar dianugerahkan segera sempurna kesihatan.
Apabila wisel saat pertama ditiup tanda pertembungan bermula. Sehebat Aston Martin One-77, setiap posisi bergaya pantas menerjah. Kiri dan kanan serangan dipacu tanpa berlengah. Gergasi Merah tersentak lalu pucat lesi hingga hilang segala darah.
Konsistensi formula ampuh ketika bermula konkurensi, kerana misi mendapatkan kemenangan menjadi tanda aras implementasi. Apa sahaja perancangan rahsia sang gergasi, Harimau Selatan hadapi dengan tingginya efikasi.
Ngauman Selatan membuatkan lawan gerun tidak terbendung. Sembilan puluh minit kelihatan mereka sering bertahan satu kampung. Hasilnya, tiga kali letusan Tsar Bomba cukup melumpuhkan karakter utama mitos bola sepak Malaya. Namun dihalalkan satu gol untuk Gergasi Merah menjadi simbolik sebagai hadiah. Rekod cemerlang Harimau Selatan sekali lagi dapat dikekalkan. Malam itu sekian kalinya kita raikan satu lagi episod kemenangan.
Pada perlawanan keenam belas yang bakal ditempuh nanti. JDT akan menerima kunjungan Perak FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. Sesungguhnya ianya bukan sesuatu yang mudah.
Solusinya hanya dengan usaha keringat berlipat kali ganda. Refleksi keyakinan diri jadi stimulasi cahaya sinar harapan. Maka bintang ini pasti terus bersinar bergemelapan.
Akhir kalam, eksplorasi perjuangan Harimau Selatan masih lagi jauh. Ekstrapolasi ambisi masih lagi penuh berliku. Maka apa yang terjadi berganding bahu kita rempuh. Kerana kita adalah satu, takkan terpisah sehingga hujung waktu.
Maharaja yang tidak dapat diberhentikan! Kamilah Harimau Selatan!
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.