100 MATCHES IN ASIAN & REGIONAL COMPETITIONS FOR JDT
Johor Darul Ta’zim FC’s (JDT) 2-0 victory over Pohang Steelers in the AFC Champions League Elite 2026-27 marked the Southern Tigers’ 100th match in Asian and regional competitions since playing for the first time in 2015.
According to the records, JDT have won 50 matches, drawn 16 and lost 34, scoring 173 goals, conceding 128 and keeping 33 clean sheets.
JDT have played 56 matches in the AFC Champions League, recording 21 wins, nine draws and 26 defeats, and played 36 matches in the AFC Cup, recording 24 wins, five draws and seven defeats. JDT were also the only Southeast Asian team to win the AFC Cup (2015).
Meanwhile, the Southern Tigers have also performed well in the ASEAN Club Championship (Shopee Cup), with five wins, two draws and one defeat in eight matches played.
JDT have represented Malaysia against clubs from 17 other countries and are currently ranked 10th overall and fifth in East Asia according to Footy Rankings, whereby JDT have contributed majority of the points. Luaskan Kuasamu Johor.
Hidup Johor Demi Johor
———
JDT KINI SUDAH HARUNGI 100 PERLAWANAN DI PERINGKAT ASIA & SERANTAU
Aksi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika menewaskan Pohang Steelers 0-2 dalam Liga Juara-Juara AFC Elit 2026-27 adalah perlawanan ke-100 skuad Harimau Selatan di peringkat Asia dan pertandingan serantau selepas melakukan debut pada 2015.
Mengikut rekod, JDT berjaya memenangi 50 perlawanan, seri 16 kali dan tewas 34 kali dengan menjaringkan 173 gol dan bolos 128 gol serta mencatatkan 33 ‘clean sheets’.
JDT mengharungi 56 aksi di Liga Juara-Juara AFC dengan catatan 21 kemenangan, sembilan seri dan 26 kekalahan serta bermain 36 perlawanan di Piala AFC dengan mencatatkan 24 kemenangan, lima seri dan tujuh kekalahan. JDT juga adalah satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara muncul juara Piala AFC (2015).
Sementara itu, Harimau Selatan juga cemerlang di peringkat Kejuaraan Kelab ASEAN (Shopee Cup) dengan beraksi lapan perlawanan dan mencatatkan lima kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.
JDT juga telah membawa nama Malaysia bertemu kelab-kelab dari 17 negara Asia yang lain dan kini menduduki tangga ke-10 keseluruhan dan kelima di Asia Timur menurut laman Footy Rankings, di mana JDT telah menyumbangkan majoriti mata yang terkumpul. Luaskan Kuasamu Johor.





