Johor Darul Ta’zim FC (JDT) vehemently denies allegations on social media that 91% of the club’s revenue in 2024 came from public or state-linked sources as it is grossly inaccurate, uninformed and a misrepresentation of facts.
While JDT’s audited financial accounts do list Johor Sports Council (Majlis Sukan Negeri Johor) and government grants or donations, it is merely a standard operating procedure where money is channeled for various purposes.
For the record, it is a norm in Malaysia for all sports sponsorships from private companies — a bulk of the 91% alleged in this case — to be channeled through the Sports Council (both national and state) due to tax relief purposes for the companies. As such, all of JDT’s private sponsors also channel sponsorship money through the Sports Council.
Government grants and donations given are firmly for the development of sports at grassroots, including the organisation of youth tournaments and grassroot programmes at all Johor districts. A bulk of these is distributed to the Johor Football Association (PNBJ) and district football associations for these purposes.
JDT would like to clarify that none of this grants are utilised for the running of the football operations at the club, including first team expenses, salaries of employees, operations of the JDT Academy nor the maintenance of club assets.
Alistair Edwards
Johor Darul Ta’zim FC Chief Operating Officer & Technical Director
Hidup Johor Demi Johor
———
DAKWAAN JDT DIBIAYAI DANA AWAM & KERAJAAN ADALAH SALAH, JDT TIDAK MENGGUNAKAN DANA AWAM & DANA KERAJAAN
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan tegas menafikan dakwaan di media sosial bahawa 91% daripada hasil pendapatan kelab pada tahun 2024 datang daripada sumber awam atau berkaitan kerajaan kerana ia adalah tidak tepat, tidak berasas serta satu salah tafsir terhadap fakta sebenar.
Walaupun akaun kewangan teraudit JDT menyenaraikan Majlis Sukan Negeri Johor serta geran atau sumbangan kerajaan, ia hanyalah prosedur operasi standard di mana dana disalurkan melalui saluran tersebut bagi pelbagai tujuan.
Untuk rekod, adalah menjadi amalan biasa di Malaysia bahawa semua penajaan sukan daripada syarikat swasta — yang merupakan sebahagian besar daripada 91% yang didakwa dalam kes ini — disalurkan melalui Majlis Sukan (peringkat kebangsaan dan negeri) bagi tujuan pelepasan cukai kepada syarikat-syarikat berkenaan. Oleh itu, semua penaja-penaja swasta JDT juga menyalurkan dana penajaan melalui Majlis Sukan.
Geran dan sumbangan kerajaan yang diberikan pula adalah khusus untuk pembangunan sukan di peringkat akar umbi, termasuk penganjuran kejohanan remaja serta program pembangunan akar umbi di semua daerah di Johor. Sebahagian besar dana ini disalurkan kepada Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan juga persatuan bola sepak daerah bagi tujuan tersebut.
JDT ingin menjelaskan bahawa tiada satu pun daripada geran ini digunakan untuk operasi bola sepak kelab, termasuk perbelanjaan pasukan utama, gaji kakitangan, operasi Akademi JDT mahupun penyelenggaraan aset kelab.
Alistair Edwards
Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim
