PARA PESERTA KURSUS KEJURULATIHAN LESEN PRO AFC/FAM MELAWAT JDT
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menerima kunjungan para peserta terkini Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma AFC/FAM bagi meninjau dengan lebih dekat operasi dan kemudahan fasiliti kelab.
Antara peserta yang terlibat termasuk dari Malaysia, Korea, Kemboja, Jepun dan Singapura.
Kumpulan berkenaan telah diberi taklimat oleh Alistair Edwards, Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Teknikal JDT mengenai organisasi, pengurusan, struktur, pemantauan bakat serta falsafah pasukan Harimau Selatan. Taklimat tersebut turut merangkumi pelantikan kakitangan teknikal dan bukan teknikal, pemilihan pemain serta usaha berterusan untuk menetapkan dan mengekalkan penanda aras bola sepak di Malaysia.
Ketua Metodologi dan Pemantauan Bakat JDT, Gonzalo Sans Zaballos turut hadir bagi memberikan penerangan tentang Akademi JDT, yang merupakan satu-satunya akademi kelab bola sepak di Malaysia yang lengkap dari peringkat Bawah-12 hingga Bawah-23.
Para peserta lesen profesional tersebut juga dibawa melawat Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, yang dinobatkan sebagai ‘World Stadium of the Year 2020’ serta Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam. Luaskan Kuasamu Johor.
———
AFC/FAM PRO LICENCE COACHING COURSE GROUP VISIT JDT
Johor Darul Ta’zim FC welcomed the current batch of the AFC/FAM Professional Diploma Coaching Course candidates for a visit to take a closer look the club’s operations and facilities.
Among the candidates include those from Malaysia, Korea, Cambodia, Japan and Singapore.
The group were briefed by JDT Chief Operating Officer and Technical Director Alistair Edwards on the Southern Tigers’ organisation, management, structure, scouting and philosophy. This includes appointment of technical & non-technical personnel, player selection and desire to set and maintain the benchmark in Malaysian football.
JDT Head of Methodology & Scouting Gonzalo Sans Zaballos was also present to provide insights to the JDT Academy, which is the only full-fledged Malaysian club football academy from Under-12s to Under-23s.
The Pro Licence candidates also toured the 2020 World Stadium of Year, the Sultan Ibrahim Stadium in Iskandar Puteri and the JDT Training Centre at Padang Seri Gelam. Luaskan Kuasamu Johor.
Hidup Johor Demi Johor














