Yayasan JDT akan melancarkan pakej Pas Bermusim dengan pelan bayaran ansuran (installment payment plan). Menariknya pelan bayaran ansuran ini tidak mengenakan sebarang kadar faedah (interest rate) mahupun caj pengendalian.

    Pengenalan pilihan pembayaran ini diperkenalkan adalah untuk memastikan setiap penyokong JDT dapat memiliki Pas Bermusim masing-masing.

    Tawaran ini hanya terbuka kepada pakej Silver (RM664), pakej Jewel VIP (RM1448), pakej Platinum VIP (RM1998) dan pakej Diamond VIP (RM3428) sahaja.

    Pakej Pas Bermusim dengan pelan bayaran ansuran ini juga melayakkan anda untuk menikmati ganjaran-ganjaran antaranya seperti:

    – Peluang memiliki Jersi JDT
    – Sesi latihan terbuka
    – Keutamaan membeli tiket perlawanan piala
    – Keutamaan membeli tiket perlawanan akhir
    – 10% diskaun untuk semua cenderahati JDT
    – ‘Concession bundles’ eksklusif untuk ahli sahaja di setiap perlawanan tempat sendiri
    – Tempat duduk khusus untuk setiap perlawanan liga
    – Tempat letak kereta
    – Lawatan Stadium
    – Akses ke Lounge dengan makanan disediakan
    *Setiap ganjaran tertakluk kepada pakej yang dibeli

    Kepada para penyokong JDT yang berminat untuk mendapatkannya, anda boleh terus hadir ke Stadium Sultan Ibrahim bermula Ahad ini (19 Disember 2021) pada jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

    Kaunter kami akan dibuka pada setiap hari kecuali Jumaat bermula jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

    Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak Yayasan JDT untuk maklumat lanjut. Terima kasih.