CENDERAHATI DARI ISKANDAR PUTERI

    Indah khabar dari rupa. Segala yang didengar rupanya hanya propaganda. Apabila sebelum menjelang perlawanan, hebatnya gergasi dicanang terlalu beria. Namun hakikat sebaliknya, kualitatif JDT buat mereka fobia.

    Rasionalnya, pertembungan ini hanyalah pertembungan biasa antara pendahulu liga dan pasukan pertengahan Liga Super Malaysia. Namun ianya tetap menjadi tumpuan oleh segerombolan manusia yang wujud bukan lagi perkara rahsia. Begitu banyak mata-mata pula mengharapkan sesuatu mengejutkan bakal berlaku. Navigasi status hangat terbaru untuk dimuat naik dalam halaman muka buku.

    Konsekuensi dijulang Gergasi Merah menjadi wakalaf terbaru yang menggalas harapan menewaskan Harimau Selatan. Holistik supaya nisbah sakit hati mereka sedikit sebanyak dapat dikurangkan.

    Jangan mimpi. Cuba lagi. Tepat bedilan meriam basilica disasar koordinat hamparan superstruktur. Harimau Selatan berjuang mempertahankan maruah, misi dan visi yang telah tersusun cantik Tunku catur.

    โ€œKonkurensi bermula, Konsentrasi dibinaโ€

    Naratif ini bukan sengaja menunjukkan siong. Cuma kepuasan menutup kicau murai dan bising tiong. Bersaksikan Stadium Sultan Ibrahim mercu tanda supremasi terulung. Sebelas kesateria Harimau Selatan optimistik kira detik untuk bertarung.

    Pada malam itu, setiap posisi berfungsi dengan baik. Tempo permainan pula menjadi sangat menarik. Disiplin ketika menyerang juga bertahan konsisten tiada turun naik. Impresif menjadikan taktikal Benjamin Mora diadaptasi berkondisi terbaik.

    Secara logikal, kita dapat lihat bagaimana ada masanya pemain JDT dikekang rapi sehingga lima orang pemain lawan. Namun pada masa yang sama, mereka fokus, tidak mengalah dan masih mampu merencatkan setiap perancangan yang menjadi halangan.

    Hasilnya, umpama enam kali letusan Tsar Bomba cukup melumpuhkan karakter utama mitos bola sepak Malaya. Ionisasi dari ledakan pula mampu menutup mulut penglipur lara berhari-hari lamanya. Kerana kemenangan Harimau Selatan diterjemahkan dengan amat bergaya. Kontradiksi sang legenda konvulsi seakan lemah tidak berdaya!

    โ€œKemenangan kita julang, kekecewaan mereka bawa pulangโ€

    Dua gol berturut-turut Safawi tercetak. Kontinuiti gol cantik Diogo buat ramai terbeliak. Satu gol Cabrera turbulensi situasi. Akhirnya dua gol Ramadhan mereka kibar panji kapitulasi.

    Terdapat lima perkara yang menjadi perhatian dalam sembilan puluh minit perlawanan. Pertama, sejak liga bermula semula, tiga belas gol dalam dua perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim berjaya dihasilkan. Kedua, Safawi dan Cabrera masing-masing menjadi antara penjaring terbanyak setakat ini dalam pasukan. Ketiga, dua gol menarik Diogo dan Ramadhan, dihasilkan dari Nike Mercurial Mbappe Rosa yang Tunku kurniakan. Keempat, di papan layar terpampang gegantung gergasi Harimau bermahkota melambangkan superlatif dominasi penguasaan. Dan kelima, kemenangan ini adalah hasil kemahuan tinggi keseluruhan pasukan dalam mengimplementasikan kemaraan.

    Akhir kalam, beraksi dalam baki perlawanan yang mendatang bukan sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan usaha keringat berlipat kali ganda. Maka, bersama-samalah kita berdoa dan fokus berjuang mencapai matlamat. Semoga berjaya tamat, gemilang hingga sampai ke garisan penamat!

    You canโ€™t stop us!

    โ€œFokus pada sasaran, nikmati perjalananโ€- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

    Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

    Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
    Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.

    Sumber artikel : Media JST