Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) representatif sebuah organisasi yang tidak akan berhenti menjadi peneraju malah sentiasa memberikan fokus kepada kontinuiti aspek kesempurnaan urus tadbir, penambahbaikan dan pemerkasaaan jenama JDT lantas menjadi pemacu utama lonjakan nilai komersial merentasi pelbagai demografi dan wilayah yang berbeza.

    GANDINGAN IDEAL JDT-IKEA-TOPPEN, DEDIKASI KEPADA PENYOKONG HARIMAU SELATAN

    Memasuki pascabaharu dalam era komersialisasi empayar Harimau Selatan, Implikasi positif kombinasi penjenamaan merangkumi penglibatan peminat, capaian global, nilai prestij, potensi mengakses peluang pemasaran dan hospitaliti eksklusif merupakan pulangan dari pengaruh kekuatan platform perkongsian publisiti dan populariti bersama rakan penaja.

    Pada musim 2023, selain berjaya mengeratkan lagi hubungan dan kesefahaman bersama rakan penaja, JDT juga berjaya memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama beberapa penaja baharu.

    Terbaharu, sekitar 5 Oktober interpolasi kerjasama pintar antara JDT-IKEA-TOPPEN telah termeterai. Konsekuensi berdasarkan perjanjian bernilai jutaan ringgit yang berjangka hayat selama 3 tahun ini bakal melonjakkan superioriti penyokong Harimau Selatan ke satu lagi kelas yang berbeza.

    Antisipasi dari kolaboratif tersebut, penyokong JDT bakal menerima Rumah Kelab JDT ‘The Topp’ yang bakal dibuka pada awal 2024 di ruang atas bumbung Pusat Beli-belah Toppen. Ruang khas itu akan dilengkapi lot khas jualan barangan rasmi Harimau Selatan, ruang khas layar gergasi berkapasiti 4000 orang untuk menonton perlawanan melibatkan JDT, diskaun istimewa pembelian barangan di IKEA Tebrau, sessi ramah mesra dengan pemain dan aktiviti CSR bersama. Selain itu, reka bentuk estetik IKEA for Business juga bakal bagi diletakkan di kawasan-kawasan tumpuan di Stadium Sultan Ibrahim.

    Imbas kembali, secara dasarnya keserasian dan kesefahaman gandingan JDT-IKEA-TOPPEN telah terlihat sejak awal tahun 2023 lagi apabila menganjurkan kempen pemasaran bersama, acara komuniti, sokongan pemain dan aktiviti promosi selain mencipta pengalaman unik untuk penyokong Harimau Selatan antaranya penganjuran Majlis Pelancaran JDT Fans Token di pusat beli belah Toppen, tawaran baucer RM100 oleh IKEA Tebrau kepada penyokong yang memakai jersi JDT dan beberapa program lagi.

    DEBUT DALAM SUKAN PERMOTORAN MEMBAWA NAMA DAN IMEJ JDT

    Kolaboratif bersama kelab polo yang berpangkalan di Argentina, Johor-Ellerstina telah menjadi titik tolak bermulanya usaha giat organisasi JDT menerokai pelbagai sukan lain seterusnya membawa kepada kewujudan Johor Darul Ta’zim (JDT) Boxing Team, JDTFutsal, JDT Hoki Ais dan JDT | GBX ESports. Kejayaan pelan kontingensi yang dirangka organisasi dalam pelbagai bidang sukan ini dilihat berjaya mengkonsolidasikan lagi nilai komersial dan pendedahan jenama JDT ke peringkat global.

    Tidak stagnasi disitu, sekitar 8 Oktober 2023, jenama JDT di peringkat antarabangsa berpotensi berkembang dengan lebih pesat apabila mengorak langkah menubuhkan kelab lumba motorsikal berkuasa tinggi JDT Racing Team. Paling memberi keterujaan, pelumba terkenal Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah akan mewakili JDT Racing Team yang bakal membuat kemunculan pertama di pertandingan Asia Road Racing Championship pada tahun 2024 seterusnya menyasarkan bersaing dalam peringkat lebih tinggi iaitu Superbike World Championship kelak.

    Namun ini bukan kali pertama jenama JDT berada di litar perlumbaan. Imbas kembali, hasil kerjasama strategik bersama syarikat permotoran terkemuka dunia, Aston Martin Racing Asia, logo JDT telah dipaparkan pada rangka aluminium ringan tiga buah kereta lumba Aston Martin Vantage, pasukan UNO Racing Team dalam GT Super Sprint Challenge bagi kategori GT3 dan GT4 yang diadakan di Shanghai, China sekitar 12 eptember 2021.

    IMPIAN MENJADIKAN STADIUM SULTAN IBRAHIM MENJADI PUSAT TARIKAN PELANCONG MENJADI KENYATAAN

    Sejak dari awal lagi, objektif DYAM Tunku Mahkota Johor adalah menjadikan Stadium Sultan Ibrahim tampil sebagai antara stadium terbaik di dunia dan juga menjadi pusat tarikan pelancongan baharu Negeri Johor.

    Segalanya menjadi kenyataan, Stadium Sultan Ibrahim telah dibuka kepada pengunjung pada setiap hari bermula 1 April 2022. Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada pengunjung antaranya menikmati makanan dan minuman di restoran yang berlokasi di Stadium Sultan Ibrahim, membeli belah barangan rasmi JDT dan eksplorasi perkarangan Stadium Sultan Ibrahim dengan pengalaman eksklusif menaiki JDT Hummer H2 Limosin rekaan khas.

    Terbaharu, sekitar 13 Oktober 2023, melalui platform media sosial rasmi JDT iaitu JOHOR Southern Tigers (JST) telah mengumumkan bahawa Jelajah Stadium Sultan Ibrahim (JDT Stadium Tour) telah bersedia untuk dibuka kepada semua pengunjung.

    Dengan kadar bayaran sebanyak RM60 selama satu jam, pengunjung bakal mendapat akses menjelajahi setiap sudut ikonik stadium dan berpeluang melawat zon paling eksklusif yang terdapat di stadium avant-garde Harimau Selatan tersebut.

    Akhir kata, magnum opus dominasi sedekad JDT, dimensi baharu landskap bola sepak Malaysia.

    JDT doing JDT things!