FORMULASI DINAMIK EMPAYAR JDT YANG DIIKTIRAF AUTENTIK

    Pandemik COVID-19 yang menyerang tanah air telah mengintimidasi serta menjejaskan kerancakan CIMB Liga Super Malaysia 2020 hingga memaksa pihak berkuasa mengeluarkan ultimatum supaya tiada sebarang โ€˜match play’ dibenarkan. Kebanyakan melihat ianya sebagai suatu tragedi buat arena bola sepak negara, namun disebalik musibah yang menguji sebenarnya telah berjaya mengintrospeksi induksi infrastruktur Kelab Bolasepak Johor Darul Taโ€™zim (JDT) secara eksplisit.

    SEBUAH KELAB YANG TIDAK MUDAH UNTUK HILANG FOKUS

    Organisasi JDT dilihat sentiasa fokus mengimplementasi misi walaupun berdepan musim yang begitu kabur. Sentiasa memandang ke hadapan dalam memastikan tiada seinci ruang bagi pasukan pesaing menganggugugat malah kekal dominan untuk terus berada di puncak singgahsana CIMB Liga Super Malaysia 2020.

    Para pemain sentiasa dipantau tanpa kelalaian oleh barisan kejurulatihan serta DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor. Mentaliti, prinsip, disiplin yang tinggi dan terpuji juga telah berjaya ditunjukkan oleh pemain-pemain JDT, menjadikan skuad Harimau Selatan berada pada prestasi optimum untuk memulakan aksi pada bila-bila masa. Hampir keseluruhan pemain dilihat cukup mantap tanpa dibelenggu kemerosotan prestasi untuk turun beraksi.

    Koordinasi latihan intensif berjadual yang konsisten dilakukan secara atas talian sejak bermula fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hingga fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilihat berkesan dan efektif.

    Pada situasi terkini, hala tuju CIMB Liga Super Malaysia 2020 sudah menampakkan sinar selepas Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi kebenaran memulakan latihan secara kontak penuh mengikut prosedur operasi standard (SOP) Am Individu dan SOP Pengurusan yang ditetapkan bermula 15 Julai 2020. Paling menggembirakan, saingan Liga Malaysia (Liga-M) juga akan bersambung kembali pada 15 Ogos 2020 namun perlu dilangsungkan tanpa melibatkan kehadiran penonton.

    SEBUAH KELAB YANG MEMPUNYAI SUMBER KEWANGAN YANG KUKUH

    Sumber kewangan merupakan fundamental paling penting dalam perjalanan sesebuah organisasi bola sepak. Dogmatik yang tidak boleh disangkal, kegagalan menguruskan kewangan sering dikaitkan dengan kegagalan mencapai matlamat yang telah disasarkan. Sumber kewangan sesuatu kelab atau pasukan juga amat memerlukan perancangan pengurusan dan strategi yang sistematik.

    Pandemik COVID-19 telah membuktikan bahawa Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah contoh paling ideal sebagai kelab yang mempunyai kewangan yang kukuh, terjamin, penajaan yang menakjubkan dan mampu berdikari malah tidak mengharapkan ehsan dana dan sumber kewangan dari mana-mana badan kerajaan dalam negeri atau politikus. Ia merupaka satu faktual yang menjadikan JDT pada hari ini dikenali sebagai sebuah kelab yang paling stabil, realistik, penuh ambisi dan sempurna pernah wujud dalam sejarah bola sepak negara.

    SEBUAH KELAB YANG MENGUTAMAKAN KEBAJIKAN DAN TANGGUNGJAWAB

    DYAM Tunku Mahkota Johor mempunyai pelan jangka masa panjang dalam memastikan kestabilan kewangan JDT dan tidak hanya fokus pada titik pembelanjaan jangka masa pendek. Kelangsungan perjalanan kelab lebih diutamakan dan kebajikan pemain tidak diketepikan. Selama lebih kurang tiga bulan liga terhenti tanpa sebarang aktiviti bola sepak secara fizikal, keseluruhan pemain, jurulatih, pihak pengurusan malahan semua kakitangan yang bernaung di bawah organisasi masih menerima gaji tanpa kepincangan atau terpalit ssbarang isu tunggakan.

    Sebagai pemilik mutlak kelab, baginda bersikap altruistik setelah sedaya upaya memastikan kebajikan mereka semua sentiasa terjaga di saat beberapa pasukan elit liga bola sepak Malaysia telah bertindak apatetik, tidak berdiplomasi dan bersifat fatalistik. Lebih parah, apabila ada organisasi yang telah bersikap evasif serta menafikan hak pemain dan kakitangan organisasi dengan menolak rasa empati. Akibatnya pemain dan kakitangan tersebut buntu untuk meneruskan kehidupan rentetan bakal berdepan kehilangan sumber pendapatan. Suatu pengalaman dan musibah yang tidak akan terjadi serta dibenarkan berputik dalam organisasi JDT.

    SEBUAH KELAB YANG BERJAYA MENDIDIK

    DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan antara penyumbang yang begitu prihatin dalam usaha meringankan beban bagi rakyat yang terkait dengan pandemik COVID-19 ini. Sumbangan seperti kurniaan bantuan kewangan, keperluan asas dan harian serta lain-lain telah disalurkan secara terus oleh baginda serata negeri Johor tanpa mengira status, ras, bangsa mahupun agama.

    Nilai positif itu tidak berhenti disitu, ianya berjaya diadaptasi dalam organisasi JDT. Juga antara faktor menjadi ikonik ikutan dan berjaya mendidik pemain JDT supaya sentiasa peka juga prihatin kewajiban tanggungjawab sosial dalam kehidupan. Pemain bintang JDT, Safawi Rasid telah menyumbang sejumlah 1000 botol cecair pembasmi kuman kepada KPJ Johor. Kapten pasukan Hariss Harun pula mengesahkan pemain JDT telah menyumbangkan sebahagian gaji mereka kepada Tabung Bencana Negeri Johor untuk membantu meringankan beban pihak yang terjejas.

    SEBUAH KELAB YANG PEKA TENTANG BAHAYA PENULARAN WABAK

    JDT mempunyai pengalaman dalam mengendali dan mengawal wabak dari terus menular kedalam pasukan. Imbas kembali, sekitar bulan Julai 2019, Pengarah Teknikal Bolasepak Johor, Alistair Edwards secara umum menghebahkan bahawa 17 pemain JDT telah dijangkiti virus influenza. Jumlah itu termasuk 10 pemain dari pasukan senior, 4 dari pemain JDT II dan 3 JDT III dan beberapa jurulatih dan kakitangan didapati positif virus berkenaan.

    Konsekuensi iktibar dari peristiwa tersebut, baginda telah mengambil langkah awal dan proaktif tanpa menunggu wabak semakin menular. JDT menjadi satu-satunya kelab yang amat peka atas bahaya epidemik ini apabila secara urgensi melakukan proses sanitasi sebagaimana pernah dilakukan semasa mengekang penularan virus influenza. Proses sanitasi telah dibuat di pusat latihan rasmi JDT Padang Seri Gelam, Ibu Pejabat JDT dan Stadium Sultan Ibrahim sekitar bulan Mac 2020.

    Proses dilakukan oleh sebuah syarikat tempatan yang menggunakan produk buatan Jerman. Kepekaan, prihatin dan cepat bertindak DYAM Tunku Mahkota Johor telah berjaya membendung implikasi jangkitan wabak kepada pemain dan pengurusan JDT. Situasi terkini, kesemua fasiliti-fasiliti milik JDT telah melalui proses sanitasi tersebut.

    Akhir penulisan, penyokong JDT juga antara entiti yang tidak dilupakan oleh organisasi JDT. Kerisauan pemegang Pas Bermusim Kelab Bolasepak Johor Darul Taโ€™zim bagi musim 2020 kini terlerai apabila mendapat perkhabaran baik dari halaman rasmi JDT setelah diumumkan layak secara automatik untuk memiliki pas bermusim percuma bagi musim 2021.

    โ€œPerjalanan kita masih jauh, tetapi kita sudah begitu jauh dari tempat di mana kita berada dahuluโ€-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

    Sumber artikel: Media JST

    Hidup Johor Demi Johor