Limpahan apresiasi dan penghormatan tinggi telah dikurniakan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor kepada jurulatih, pemain dan kakitangan organisasi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Satu interpretasi sifat terunggul DYAM Tunku Mahkota Johor terhadap individu-individu yang berafiliasi dengan kemajuan bola sepak Negeri Johor serta JDT.

    Rasionalnya, sejak detik kebangkitan Harimau Selatan lagi, apresiasi dan penghormatan yang diberikan tidak pernah berhenti menjadi proposisi. Kurniaan hadiah, hamper perayaan, kasut bola, cenderamata, penghormatan penuh bergaya dan aktiviti riadah menjadi memorabilia paling indah malah sentiasa menjadi kenangan manis yang tidak akan dilupakan bagi sesiapa sahaja sepanjang bernaung di bawah empayar hebat ini.

    HADIAH JAM TANGAN MEWAH BERJENAMA ROLEX

    Pada 22 Januari 2019, ketika perlawanan pra-musim di Bangkok, Thailand dalam gerakan rekonsiliasi dan memantapkan skuad JDT bagi menghadapi musim 2019, DYAM Tunku Mahkota Johor telah mengurniakan jam tangan mewah berjenama Rolex kepada kesemua pemain, jurulatih termasuk kakitangan JDT sebagai tanda penghargaan di atas usaha keras dan dedikasi tanpa berbelah bahagi mereka terhadap kelab. Hadiah seutas jam tangan yang bernilai puluhan ribu ringgit itu menjadi konsolidasi serta pencetus semangat keseluruhan kem Harimau Selatan dalam mengharungi musim baharu.

    Namun hadiah jam tangan mewah itu bukanlah kali pertama dikurniakan baginda. Sekitar tahun 2014, bekas Ketua Pasukan JDT, Baihakki Khaizan telah mendedahkan kepada umum bahawa DYAM Tunku Mahkota Johor telah menghadiahkan beliau seutas jam tangan Rolex GMT Master-ii Batman. Setahun selepas itu, beliau bertindak mahu memulangkan semula jam tangan mewah tersebut kepada baginda rentetan akan berhijrah ke Kelab Singapore Premier League (SPL), LionsXII.

    Namun kontradiksinya, DYAM Tunku Mahkota Johor menolak dari mengambil semula jam tangan tersebut malah memberitahu Baihakki bahawa jam tangan itu telah dihadiahkan kepadanya sebagai referensi ikatan silaturahim dalam keluarga JDT yang tidak pernah putus.

    CINCIN REKAAN KHAS SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN KEJAYAAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM

    Sekitar 2 November 2016. JDT telah menjulang kejuaraan hat-trik Liga Super Malaysia selepas memenanginya pada musim 2014 dan 2015. Lebih menarik, pascanilai komparatif kualitatif JDT dalam liga domestik jelas ketara apabila Harimau Selatan mengharungi 22 perlawanan pada musim itu tanpa tewas. Satu pencapaian hebat yang tercipta buat julung kalinya dalam sejarah moden bola sepak Malaysia.

    Sebagai penghargaan dan kenangan atas pencapaian menakjubkan tersebut, DYAM Tunku Mahkota Johor telah berbesar hati mengurniakan sebentuk cincin emas dan platinum bertatahkan berlian serta batu nilam berharga RM85,000 setiap satu kepada barisan jurulatih, pemain dan kakitangan JDT.

    PENGHORMATAN PENUH EKSKLUSIF KEPADA PEMAIN

    Dubai, Emiriah Arab Bersatu sering menjadi lokasi pilihan kelab-kelab bola sepak terkemuka dunia bagi menjalani latihan pra musim kerana kesempurnaan fasiliti bola sepak terkini yang ada di negara tersebut. Atas faktor itu, menjelang musim baharu 2020, Dubai, Emiriah Arab Bersatu telah menjadi destinasi JDT bagi perlawanan persahabatan pra musim. Kelab Riga FC (Latvia), Kelab Dibba Al Fujairah (UAE), Kelab MSK Zilina (Slovakia) dan Pasukan kebangsaan Turkemenistan menjadi eksperimental untuk memupuk persefahaman antara pemain, menguji taktikal dan juga keampuhan strategi barisan kejurulatihan.

    Apa yang menarik perhatian umum, satu rakaman video yang telah dimuatnaik memperlihatkan bagaimana para pemain termasuk DYAM Tunku Mahkota Johor menaiki beberapa buah kereta mewah dan supercar seperti Mercedes-AMG GT Roadster, Bentley Continental GTC, Ferrari F8 Tributo, Lamborghini Huracan Evo dan Lamborghini Aventador SVJ untuk hadir ke sessi latihan. Satu pemandangan yang sama seperti pemain-pemain jutawan terkemuka dunia lakukan.

    Baru-baru ini pula, Daniel Amier antara pemain muda yang begitu bertuah apabila menerima layanan begitu berprestij semasa sessi menandatangani kontrak dan pengenalan pemain baharu JDT. Pada majlis tersebut, pemain muda baharu JDT itu telah dibawa menaiki sebuah limousine mewah menuju ke ibu pejabat rasmi milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

    Ini adalah salah satu modus operandi baginda dalam memberi motivasi, keyakinan dan mesej bahawa JDT adalah sebuah kelab yang berprestij, eksklusif serta berada dalam kelas yang tersendiri.

    AKTIVITI RIADAH DAN “TEAM BONDING TIME”

    JDT sebuah pasukan yang amat fokus dalam mengimplementasi segala misi dan visi setiap musim berganti. Namun disebalik itu, DYAM Tunku Mahkota Johor sentiasa memastikan setiap komponen dalam organisasi ini terisolasi dari kitaran depresi dalam mencapai objektif. Dengan mekanisne tersebut, baginda telah berjaya memberi keseimbangan malah berjaya mencetuskan motivasi yang mendorong sehingga berjaya mencapai hasil dan kejayaan yang optimal.

    Imbas kembali dalam kesibukan skuad JDT mengharungi perlawanan pra musim di Dubai. DYAM Tunku Mahkota Johor telah memberi kelonggaran apabila menyediakan itinerari aktiviti riadah. Selepas dua perlawanan pra musim menentang Kelab Riga FC (Latvia) dan Kelab Dibba Al Fujairah (UAE), pemain-pemain JDT diberi peluang merentas Gurun Dubai sambil menikmati suasana matahari tenggelam. Antara aktiviti yang dilakukan oleh jurulatih dan pemain JDT ialah eksplorasi padang pasir safari dengan pengalaman pemanduan penuh mencabar di gurun pasir menggunakan SUV 4X4 serta luncur pasir (sandboarding) dari atas bukit setinggi 1000 kaki.

    Selain itu, sessi ‘barbeque’ bersama sering diadakan walaupun pasukan berdepan dengan jadual perlawanan yang padat. Penutup bagi musim ini pula, sejurus tamat CIMB Liga Super Malaysia 2020, DYAM Tunku Mahkota Johor telah membawa kesemua pemain dan barisan kejurulatihan JDT berserta keluarga ke Pulau Rawa sebagai penghargaan selepas JDT berjaya menjulang gelaran kali ketujuh berturut-turut dan gelaran kali kedua “invincible” CIMB Liga Super Malaysia 2020.

    PENGHORMATAN TERTINGGI KEPADA LEGENDA HARIMAU SELATAN

    Luciano Figueroa antara individu yang menerima penghormatan tertinggi apabila DYAM Tunku Mahkota Johor berbesar hati mengabadikan nama beliau di satu kawasan tempat duduk penyokong Stadium Sultan Ibrahim. Baginda bertitah kawasan yang dinamakan ‘Luciano Figueroa Stand’ itu adalah sebagai tanda apresiasi terhadap jasa Figueroa sepanjang berkhidmat bersama skuad Harimau Selatan dari 2014 hingga 2018.
    Sebelum itu, sekitar tahun 2016, baginda berkenan untuk menamakan fasiliti spektakular JDT yang berlokasi di Padang Seri Gelam sebagai Pusat latihan tertutup Dato’ Suleiman Mohd Noor sempena mengenang jasa Allahyarham Dato’ Suleiman Mohd Noor.

    Akhir kata, DYAM Tunku Mahkota Johor satu-satunya pemilik kelab dalam liga domestik yang amat memandang tinggi serta menghargai setiap komponen dalam organisasi ini malah sentiasa memastikan hak mereka sentiasa diberi keutamaan dan proteksi. Impak fundamental dari metode tersebut, baginda berjaya membina suasana positif dan harmoni dalam kem pasukan Harimau Selatan.

    JDT doing JDT things!

    “Saya percaya bahawa kejayaan ini bukanlah disebabkan sokongan kewangan sahaja tetapi ianya lebih kepada pelan struktur yang baik. Anda boleh mempunyai banyak wang tetapi akhirnya apa yang penting adalah keharmonian di bilik persalinan”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

    Sumber artikel: Media JST

    Hidup Johor Demi Johor