Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai kesedaran yang amat kuat tentang kepentingan menginvestasi kepada projek memperkasakan teras akar umbi demi transisi yang kondusif buat empayar Harimau Selatan. Maka segala perancangan terperinci dan efektif telah disusun atur mengiringi sepanjang perjalanan mengimplementasikan aspirasi tersebut.

    Organisasi JDT sentiasa optimis dengan segala usaha yang telah dipergiatkan, ianya pasti akan membuahkan hasil dalam memproduksikan bakat-bakat baharu yang berkualiti dan menjadi aset kelab bernilai tinggi dalam pasaran global pada masa hadapan.

    MEMBERI KEPERCAYAAN SEPENUHNYA KEPADA PEMAIN MUDA JDT

    Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim 2021 pada kali ini berwarna warni bagi pemain-pemain muda JDT. Antaranya adalah aksi cemerlang Arif Aiman Mohd Hanapi ketika berdepan kelab-kelab gergasi Asia berjaya melonjakkan nilai pemain muda ini secara drastik. Muhd Ramadhan Saifullah Usman berjaya menjaringkan gol pertama beliau di peringkat antarabangsa ketika berdepan Nagoya Grampus dan debut untuk pertama kali penjaga gol Muhammad Haziq Nadzli di Liga Juara-Juara AFC (ACL) dengan mempamerkan ketangkasan mengawal pintu gol ketika berdepan Nagoya Grampus dalam aksi kelima kumpulan G.

    Paling menarik perhatian, eksistensi dua orang pemain muda berbakat dari JDT ll iaitu Ruo Han (19 tahun) dan Muhd Firdaus Ramli (19 tahun) tersenarai antara 30 pemain yang dibawa oleh Ketua Jurulatih Benjamin Mora bagi menghadapi konkurensi pada kali ini. Ironinya walaupun tidak turun beraksi, pelan kontingensi ini dilihat sebagai pendedahan awal bagi melahirkan pemain muda yang bercita-cita tinggi serta memberi inspirasi kepada mereka untuk mencapai prestasi yang diekspektasikan oleh organisasi JDT.

    PENGHORMATAN PENUH EKSKLUSIF KEPADA PEMAIN MUDA JDT

    Pemain muda JDT juga berpeluang merasai bagaimana tatacara menjadi seorang pemain profesional yang beraksi dengan kelab yang hebat dan terkemuka. Ini adalah salah satu modus operandi organisasi dalam memberi motivasi, keyakinan dan mesej bahawa JDT adalah sebuah kelab yang berprestij, eksklusif serta berada dalam kelas yang tersendiri.

    Pada 22 Disember 2020, Daniel Amier antara pemain muda yang begitu bertuah apabila menerima layanan begitu eksklusif semasa sessi menandatangani kontrak dan pengenalan pemain baharu JDT. Pada majlis tersebut, pemain muda baharu JDT itu telah dibawa menaiki limousin mewah Chrysler 300C menuju ke ibu pejabat rasmi milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

    Selain itu, sekitar 28 Julai 2021, Syahrian Abimanyu antara pemain muda yang mendapat penghormatan penuh berprestij. Organisasi JDT telah memilih pemain ini bersama beberapa pemain bintang JDT yang lain untuk memandu “Supercar” keluaran Aston Martin. Syahrian Abimanyu telah memandu Aston Martin DBS V12 semasa gimik pengumuman rasmi kolaboratif bersejarah antara Aston Martin dan JDT lantas menjadi interpolasi karier beliau bersama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia musim 2021.

    Untuk rekod, pemain muda berusia 21 tahun berasal dari Indonesia dan pernah menyertai kelab Liga Sepanyol, Levante pada 2016 ketika di usia 17 tahun ini merupakan sebahagian dari prospek pelan jangka panjang JDT.

    BARISAN PEMAIN YANG MEMPUNYAI KOLEKSI KEJUARAAN DALAM USIA MUDA

    Menjadi juara, mendakap piala dan mempunyai rekod aksi di pentas tertinggi adalah impian semua pemain bola sepak. Baik pemain senior atau pemain muda kesemuanya ingin merasakan keterujaan berada sebahagian dari komponen pasukan yang bergelar juara dan berprofil tinggi.

    Tindakan berani barisan kejurulatihan JDT dalam menurunkan bakat-bakat muda ketika perlawanan penting telah memberikan mereka peluang dalam merasakan intensiti tinggi ketika beraksi. Faktor prinsip kepimpinan interpersonal, kecerdasan emosi, komunikasi secara empati dan kolaborasi kreatif dalam pembangunan akar umbi, berjaya mempengaruhi perkembangan impresif pemain-pemain muda ini.

    Pemain bintang muda seperti Arif Aiman Mohd Hanapi (19 tahun) dan Muhd Ramadhan Saifullah Usman (20 tahun) antara paling menonjol. Dalam usia semuda itu, pemain-pemain ini telah menjulang kejuaraan Liga Super Malaysia, dua Piala Sumbangsih dan satu Piala Malaysia. Satu pencapaian yang tidak dapat dirasai oleh mana-mana pemain muda seusia mereka dalam pasukan lain yang bersaing dalam kejohanan domestik bola sepak Tanah Air.

    PROTEKSI SERTA BERTANGGUNGJAWAB KEATAS KARIER PEMAIN MUDA

    Hasil kerjasama dan sinergi dinamik dari kelab-kelab terkemuka dunia, JDT juga telah mendapat suntikan modul-modul latihan yang baharu dalam meningkatkan kualiti permainan dan melonjakkan superioriti setiap pemain muda yang berada dalam akademi JDT.

    Bukan itu sahaja, partisipasi kelab-kelab bola sepak terkemuka dunia ini juga telah memberi peluang kepada organisasi JDT untuk meluaskan horizontal jaringan usahasama dari pelbagai aspek dalam jangka masa yang panjang. Antaranya adalah bidang perubatan sukan. Satu perkongsian kepakaran paling penting dalam memastikan karier pemain terutamanya pemain muda tidak berakhir akibat kecederaan.

    Pemain muda JDT, Muhd Ramadhan Saifullah Usman antara pemain muda yang menerima tuah hasil dari kolaboratif tersebut. Imbas kembali, beliau yang mengalami kecederaan serius ketika latihan telah diterbangkan oleh organisasi JDT ke Barcelona, Sepanyol untuk menjalani pembedahan oleh pakar bedah sukan, Dr Juan Manuel Boffa. Dr Juan Manuel Boffa merupakan konsultan kepada Manchester City, pakar sains sukan dan pendidikan jasmani serta mempunyai pengalaman luas dalam pembedahan ortopedik dan traumatologi yang telah bekerjasama bersama organisasi JDT sejak musim 2019.

    Perkara ini membuktikan bahawa organisasi JDT sentiasa menyediakan segala yang terbaik untuk kelangsungan karier dan masa depan pemain-pemain muda JDT.

    Akhir kata, usaha giat yang diperjuangkan oleh organisasi JDT telah menghasilkan fenomena luar biasa terhadap apresiasi, konseptual, budaya, perspektif dan hala tuju pembangunan akar umbi. Pendekatan ‘crème de la crèm’ (hanya yang terbaik dikalangan terbaik) tanpa mengira status dan senioriti yang diadaptasi dalam organisasi JDT juga dilihat antara elemen motivasi dalam melonjakkan prestasi pemain-pemain muda JDT.

    Hanya di JDT!