Musim dua puluh dua satu adalah musim yang akan sentiasa diingati sebagai musim yang penuh dengan sejarah dan kontingensi. Bercampur baur ekspresi, gabung jalin suka dan duka partisipasi dari awal musim hingga penghujung kompetisi.

    Interpretasi muncul sebagai juara dua puluh dua puluh satu sudah terpapar awal. Imbas kembali, pada lima Mac dua puluh dua puluh satu menjadi tanggal pembuka caturan aktual. Misi pertama musim baharu mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih tanda kredibiliti. Mempertahankan empat tahun berturut-turut, persaingan itu dengan mudah kita monopoli secara kontinuiti.

    Umpama melintasi ruang fizikal melalui teleportasi, Liga Super Malaysia terasa sungguh pantas untuk berakhir. Secara rasmi dan legitimasi, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sempurna dimahkotakan sebagai juara lapan kali keputusan muktahir. Lima puluh tujuh mata menobatkan Harimau Selatan sebagai penakluk yang supremasi. Liga Super Malaysia belum tamat tetapi kita sudah mencapai matlamat secara konsistensi.

    Kegagalan mempertahankan Piala Malaysia pula telah menjadi penutup cerita. Namun itu bukan bermakna kita rebah hingga menderita. Dengan lapang hati kita mengundurkan diri. Lantas pascanilai segala titik kelemahan sendiri.

    “Reminisensi kegagalan untuk kebangkitan”

    Ya! Kekalahan ini memang menyakitkan. Akan tetapi tidak seharusnya hal tersebut diratapi dengan terlalu berlebihan. Sesungguhnya tiada kelebihan yang sentiasa akan kekal. Tidak selamanya kejayaan akan dicapai secara pukal. Jiwa kita mungkin rapuh saat kecundang, tetapi ingatlah setiap malam yang gelap pasti muncul hari yang terang.

    Dongaklah kepala, pandanglah kehadapan, lihat cahaya bergemerlapan mengiringi perjalanan. Ketika beras yang ditanak gagal menjadi nasi, maka buatlah ia menjadi bubur yang amat menyelerakan.

    Keluarga JDTku, percayalah, kegagalan adalah motivator paling terbaik. Kegagalan menjadikan JDT semakin hari semakin baik. Impak kegagalan, JDT sentiasa dilihat fokus konstruksi pada penambahbaikan. Implikasi kegagalan, JDT impresif dalam kondusif membina empayar penuh keunggulan.

    Konsekuensi kekalahan kepada KL City FC ini harus diolah sempurna sebagai kejutan jam loceng. Bukan dipandang sebagai representasi detik kegagalan yang sangat meruncing. Realitinya kekalahan itu adalah berkondisi sementara. Jangan terlalu kecewa, ayuh bangkitlah dengan segera!

    “Kesetiaan yang autentik”

    Rantaian organisasi, pasukan dan penyokong dalam Keluarga Harimau Selatan. Rasionalnya, kuatnya afiliasi antara satu sama lain, menjadikan organisasi ini sentiasa berinteraksi dan saling memerlukan. JDT mengkonsolidasikan ikatan kekeluargaan dengan menjadikan penyokong sebahagian daripada ramuan utama dalam ambisi melakar sejarah baharu. Serta penawar paling efektif dalam memulihkan semangat ketika melalui waktu-waktu krusial untuk terus memandang kehadapan tanpa celaru.

    Kesetiaan adalah elemen paling utama dalam konteks Keluarga JDT yang menjadi wadah organisasi. Kesetiaan yang wujud dan saling berhubungan tiada sebarang isolasi. Keluarga besar ini telah dididik tentang keajaiban magis kesetiaan. Faktual elemen ini akhirnya sama-sama diadun jadikan dogmatik dalam perjuangan. Lama kelamaan ianya sebati karismatik berada dalam diri sendiri. Bercambah cantik bagai Shibazakura, dalam hepatik segar bugar dari hari bertemu hari.

    Secara konseptualnya kesetiaan penyokong telah menjadi pendorong. Apabila sentiasa dibelakang tanpa putus harapan untuk menyokong. Apapun yang berlaku jiwa mereka teguh jangan dibimbang. Tidakkan mereka biarkan empayar ini goyang, lalu runtuh seterusnya tumbang. Berbagai usaha organisasi lakukan supaya Harimau Selatan terus mendominasi. Tidak akan mereka balas dengan sokongan yang bergred imitasi.

    Akhir kalam, jangan melihat masa lalu dengan penyesalan. Jangan melihat hari ini dengan kesedihan. Jangan pula melihat masa depan dengan ketakutan, tapi lihatlah sekeliling dengan penuh kebanggaan.

    Untukmu Johor. Yakinilah! Semangat ini tidak akan luntur!

    Berjumpa lagi di musim hadapan Harimau Selatan!

    Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

    Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
    Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.