
HISTORIOGRAFI PERMATA BERKILAU ISKANDAR PUTERI
Merenung dari jendela Kota Ganggayu. Seperti baharu sahaja dua puluh dua puluh datang bertamu. Perginya sekelip mata, di ruang masa ianya inkarserasi. Seperti hilang dalam kalendar, ditewaskan oleh soldadu pandemik yang mengintimidasi.
Kontra disebalik topeng balaclava. Disaat pasukan lain berpandangan kabur akibat konjunktiva. Kelab Bolasepak Johor Darul Tazim (JDT) dilihat kekal cekal merealisasi impian radikal secara faktual. Termanifestasi segala tanda aras yang disasar logikal, lantas memberi impak kritikal buat mereka yang sentiasa skeptikal.
“Tujuh tahun terakhir ini cukup hebat di dalam mahupun luar padang untuk JDT dan pembukaan Stadium Sultan Ibrahim ini menandakan satu lagi sejarah buat Harimau Selatan”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
‘Keazaman DYAM Tunku Mahkota Johor’
Secara teoretikal, genaplah sudah satu tahun usia Stadium Sultan Ibrahim yang menjadi kebanggaan. Stadium mega serba canggih, menjadi kastil Maharaja dirgahayu bertakhta penuh kemasyuran.
Imbas kembali, segalanya bermula pada dua puluh empat Januari dua ribu enam belas. DYAM Tunku Mahkota Johor telah membawa khabar gembira kepada penyokong dengan kenyataan yang jelas. Apabila baginda bertitah akan membina stadium baharu berkelas dunia. Hadiah paling istimewa kepada penyokong setia, dengan besar hati baginda kurnia.
Tidak lama selepas tular segala antisipasi perancangan mega yang mahu dilaksanakan. Pada tiga puluh Januari dua ribu enam belas, satu upacara majlis pecah tanah stadium baharu di Iskandar Puteri telah diadakan.
“Saya mahu stadium ini menjadi terhebat di Asia Tenggara, nombor satu terbaik, selain diiktiraf oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan FIFA”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Ironinya DYAM Tunku Mahkota Johor meletakkan keazaman dan harapan tinggi terhadap Stadium Sultan Ibrahim ketika itu. Maka segala perkembangan semasa stadium baharu, baginda berikan sepenuh fokus setiap waktu.
“Saya akan berusaha bermati-matian untuk mendapatkan apa yang saya mahu”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
‘Sehangat piroklastik matlamat mengalir’
Stadium Sultan Ibrahim dilihat sebagai representasi kepada kejayaan DYAM Tunku Mahkota Johor dalam membina sebuah legasi. Juga dilihat sebagai lambang realiti jerih perih perjalanan baginda dalam usaha mencapai matlamat kesempurnaan organisasi JDT yang telah diterjemahkan dengan cara amat sensasi.
Bertahun-tahun dahulu, baginda menyatakan telah mendapat satu semangat yang luar biasa apabila sentiasa dikelilingi orang-orang yang sering memperlekehkan segala struktural pembaharuan. Ada juga segelintir pihak yang cuba memberi gambaran bahawa idealistik baginda hanyalah cakap-cakap kosong berpaksi angan-angan. Namun semua itu tidak dihiraukan, baginda ubah segala kata-kata pesimistik sebagai transportasi. Sehingga tercapai ambisi, JDT kini mencetuskan revolusi memecah segala resam regresif yang menjadi tradisi!
“Saya mendapat satu semangat yang luar biasa apabila saya sentiasa dikelilingi orang-orang yang mempertikaikan atau mana-mana pihak yang cuba memberi gambaran bahawa mereka tidak percaya setiap apa yang saya lakukan.”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
‘Ancaman pandemik destruktif tatacara’
Umpama bedilan Lela Rentaka tarikh ini juga mengejutkan penyokong Harimau Selatan bangkit dari jendera. Menggamit memorabilia indah lalu mengundang rindu yang begitu membara.
Rindu? Ya! Rindu ini begitu menyeksakan. Setelah hampir satu tahun juga hidup kita terpisah dengan stadium kebanggaan. Apabila infiltrasi pandemik COVID-19 telah mengubah segala norma budaya. Rutin yang normal kini menjadi rutin luar biasa. Sudah pasti, kebanyakan dari kita kecewa apabila belum puas menikmati atmosfera Stadium Sultan Ibrahim yang terbina penuh kegemilangan. Tambahan pula, sehingga kini masih samar bilakah masa stadium itu dapat kita jejak tanpa sebarang prosedur yang menjadi kekangan.
‘Rekapitulasi dua puluh dua Februari dari perspektif penyokong’
Pasti akan kekal diingati. Ketika detik pertama kali, kita semua menjejakan kaki. Pada tanggal dua puluh dua Februari anugerah terindah buat generasi. Di bumi keramat Jauhar sejarah telah didokumentasi. Umpama Aurora Polaris bercahaya indah mewarnai hamparan langit. Stadium Sultan Ibrahim telah membuat setiap mata yang memandang menjadi begitu ralit.
Dalam konseptual modenisasi kita ektrapolasi. Semestinya sempurna DYAM Tunku Mahkota Johor koordinasi. Menimbulkan perasan gembira, teruja dan kagum mencapai titik paling maksimal. Mengakibatkan palpitasi berdegup laju seakan menjadi begitu abnormal. Aritmia dalam sirkulasi dan kitaran sistem kardiovaskular. Bila hari ditunggu dua mata ini menjadi saksi sebuah upacara yang begitu spektakular.
Bukan seperti mitos kereta terbang dua puluh dua puluh yang dicanang-canang. Sepantas hipersonik, JDT terbang menuju bintang-bintang. Stadium Sultan Ibrahim yang siap dibina umpama pusat teleportasi ke masa hadapan. Sempurna perancangan. Segala yang baharu, di stadium ini telah disajikan.
Malam itu, sungguh luar dari kebiasaan sambutan yang pernah dianjurkan. Bagai magma Sakurajima, impak cahaya bintang piroteknik meletus menerangi rona awan hitam memecah kegelapan. Lebih tiga puluh lima ribu orang telah hadir sama-sama mengabadikan kenangan. Stadium baharu kebanggaan ini akhirnya dikunci dengan kegembiraan yang tidak akan dilupakan.
Atmosfera ketika berada di dalam stadium telah menjanjikan seratus peratus pengalaman baharu. Begitu indah kombinasi merah, biru dan putih menjadi dekorasi setiap penjuru. Tidak keterlaluan jika boleh disamakan dengan keadaan semasa stadium-stadium terkemuka di Eropah dan Asia. Setiap inci yang ada dijamin setanding lantas menjadikan ia berkondisi paling sempurna dalam Malaysia.
Akhir kalam, sesungguhnya Stadium Sultan Ibrahim bukan sekadar stadium yang megah tersergam penuh keunggulan. Tetapi juga lambang supremasi, apresiasi, aspirasi, serta sensitiviti mengenai pemahaman tentang indahnya sebuah impian yang telah menjadi kenyataan.
Selamat ulangtahun pertama stadium kebanggaan Harimau Selatan!
“Matlamat bukan untuk hidup selama-lamanya, tetapi untuk “Mencipta” sesuatu yang akan hidup selama-lamanya”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll