JDT MENJELANG PENAMPILAN BERSEJARAH SUKU AKHIR ACLE 2025-26

    Beberapa perkara menarik mengenai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjelang pertembungan menentang gergasi Arab Saudi, Al-Ahli FC dalam saingan Suku Akhir Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) 2025–26;

    1. Prestasi Keseluruhan — JDT mencatat empat kemenangan, dua seri dan empat kekalahan untuk mara ke suku akhir, termasuk menyaingi kelab elit Asia seperti Vissel Kobe dan Sanfrecce Hiroshima.

    2. Mencipta Sejarah — Satu-satunya kelab Malaysia yang mara ke suku akhir ACLE, mengukuhkan status sebagai pelopor bola sepak negara di pentas Asia.

    3. Berdepan Juara Bertahan — JDT bakal menentang Al-Ahli selaku juara bertahan ACLE dalam ujian penting mengukur keupayaan di tahap tertinggi.

    4. Cabaran di “The Shining Jewel” — Aksi berlangsung di King Abdullah Sports City, Jeddah merupakan gelanggang rasmi Al-Ahli berkapasiti sekitar 62,000 penonton, antara stadium terbesar dan paling moden di Asia Barat.

    5. Pentas Kualiti Elit Asia — Pertembungan taktikal antara barisan pemain terbaik JDT dan bintang antarabangsa Al-Ahli seperti Riyad Mahrez, Edouard Mendy, Ivan Toney, Franck Kessié dan lain-lain di pentas tertinggi.

    6. Visi dan Standard Antarabangsa — Kemaraan ini mencerminkan hasil perancangan strategik dan visi jangka panjang Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.

    7. Reputasi Global — Kedudukan dalam kelompok lapan terbaik Asia memperkukuh jenama JDT di pentas antarabangsa.

    8. Solidariti Penyokong — Sokongan dan doa penyokong kekal menjadi antara kekuatan JDT dalam memburu sejarah baharu di Jeddah.

    Luaskan Kuasamu Johor.

    ———

    JDT AHEAD OF A HISTORIC 2025-26 ACLE QUARTER-FINALS APPEARANCE

    Here are some highlights about Johor Darul Ta’zim FC (JDT) ahead of a clash against Saudi Arabian giants Al-Ahli FC in the 2025-26 AFC Champions League Elite (ACLE) quarter-finals:

    1. Overall Performance – JDT recorded four wins, two draws and four defeats to reach the quarter-finals, including facing elite Asian clubs such as Vissel Kobe and Sanfrecce Hiroshima.

    2. Making History — The only Malaysian club to reach the ACLE quarter-finals, reinforcing the status as a trailblazing force of the nation’s football on the Asian stage.

    3. Facing the Defending Champions — JDT will face reigning ACLE champions Al-Ahli in a key test to measure the team’s ability at the highest level.

    4. The Challenge at “The Shining Jewel” — The match will be held at King Abdullah Sports City, Jeddah, which is Al-Ahli’s home ground with a capacity of around 62,000 spectators, one of the largest and most modern stadiums in West Asia.

    5. Elite Asian Stage — A tactical encounter between JDT’s best players and Al-Ahli’s international stars such as Riyad Mahrez, Edouard Mendy, Ivan Toney, Franck Kessié and others at the highest level.

    6. International Standards and Vision — This progress reflects the results of strategic planning and long-term vision of His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor.

    7. Global Reputation — A place among the top eight in Asia strengthens the JDT brand on the international stage.

    8. Fan Solidarity — The support and prayers of fans remain among the strengths for JDT in pursuing a new milestone in Jeddah.

    Luaskan Kuasamu Johor.

    Hidup Johor Demi Johor