JDT DILETAK DALAM POT 1 UNDIAN RASMI LIGA JUARA-JUARA AFC ELITE 2025-26

    Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal memulakan cabaran dalam Liga Juara-Juara AFC Elite musim 2025-26 yang akan bermula pada September 2025 dengan undian rasmi akan berlangsung pada Jumaat, 15 Ogos 2025.

    Harimau Selatan diletakkan dalam Pot 1 bersama-sama wakil Jepun, Vissel Kobe, kelab Republik Korea, Ulsan HD, wakil China, Shanghai Port FC, Buriram United dari Thailand dan Melbourne City FC dari Australia.

    Pot 2 pula diisi oleh dua wakil Jepun, Sanfrecce Hiroshima dan FC Machida Zelvia serta dua wakil Republik Korea, Gangwon FC dan FC Seoul serta wakil China, Shanghai Shenhua FC dan Chengdu Rongcheng FC.

    JDT bakal bermain lapan perlawanan – empat di tempat sendiri dan empat di tempat lawan dalam format liga 12 pasukan elit Asia Timur dengan lapan pasukan teratas akan layak ke pusingan 16 terbaik.

    Sebagai rekod, JDT menamatkan saingan Peringkat Liga Asia Timur di tangga ketiga untuk berjaya layak ke Pusingan 16 untuk musim ACL Elite 2024-25.

    Luaskan Kuasamu Johor.

    ———

    JDT IN POT 1 OF AFC CHAMPIONS LEAGUE ELITE 2025-26 OFFICIAL DRAW

    Johor Darul Ta’zim FC (JDT) will begin their challenge in the AFC Champions League Elite beginning in September for the 2025-26 season, with the official draw taking place on Friday, 15 August 2025.

    The Southern Tigers are in Pot 1 alongside Japan’s Vissel Kobe, Republic of Korea’s Ulsan HD, China’s Shanghai Port FC, Thailand’s Buriram United and Australia’s Melbourne City FC.

    Pot 2 consists of Japan’s Sanfrecce Hiroshima and FC Machida Zelvia, Republic of Korea’s Gangwon FC and FC Seoul, China’s Shanghai Shenhua FC and Chengdu Rongcheng FC.

    JDT will play eight matches – four at home and four away – in a 12-team league format in East Asia, with the top eight qualifying for the Round of 16.

    For the record, JDT finished third in East Asia League Stage to qualify for the Round of 16 in the 2024-25 ACL Elite campaign. Luaskan Kuasamu Johor.

    Hidup Johor Demi Johor