Persaingan adalah elemen asas dan penting dalam dunia sukan. Secara kolektifnya ia dilihat sebagai perkara positif, memangkin prestasi pemain dan keseluruhan pasukan ke tahap motivasi dan konsentrasi yang lebih tinggi.

Persaingan sihat harus berorientasikan kepada ambisi mencapai ekspektasi matlamat organisasi dan karier pemain itu sendiri. Disamping itu, ianya juga memberi manfaat kepada pengaruh psikososial atas mentaliti, prinsip dan disiplin seseorang pemain bola sepak tersebut membawa pasukan yang diwakili agar progresif untuk memecahkan rekod serta agresif mencapai sesuatu yang baharu.

REPRESENTASI KELAB YANG UNGGUL BERDASARKAN KUALITATIF

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) representasi sebuah kelab yang sentiasa berada dalam kitaran dimana setiap pemain harus bekerja keras untuk bersaing mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. Sebesar mana reputasi atau nama seseorang pemain tempatan mahupun pemain luar negara, mereka masih perlu memastikan kesungguhan dan usaha maksima membuktikan kemampuan.

Pesaingan sihat antara pemain JDT menjadi perumusan penting yang diterapkan bagi mempertingkat keupayaan pemain. Ianya juga merupakan asas wadah utama bagi mewujudkan JDT sebagai sebuah pasukan profesional yang mempunyai nilai kompetitif, berdaya saing dan berkemampuan mengekalkan aksi secara konsisten dalam apa jua perlawanan tempatan mahupun antarabangsa.

MENGHORMATI NILAI YANG DIPEGANG BERSAMA

Tanpa persaingan dan keinginan untuk bersaing, akan menjadikan seseorang pemain itu sentiasa selesa di posisi mereka. Fundamental yang lemah ini memberi kesan negatif terhadap kemampuan seseorang pemain itu untuk bersaing pada tahap yang lebih tinggi. Pada masa yang sama, ianya bakal mengakibatkan fokus diri akan menjadi kabur sehingga melupakan misi dan visi pasukan. Ini adalah sesuatu perkara yang tidak dibenarkan berlaku dalam organisasi unggul ini.

Secara konseptualnya, atmosfera persaingan itu menghasilkan fenomena pemain lebih mengenali nilai-nilai dalam perjalanan karier mereka dan sentiasa menghargai organisasi. Daripada meletakkan semua impian pada destinasi tertinggi sehinggalah memberi perhatian kepada ilmu dan kebijaksanaan yang diperoleh sepanjang proses menuju ke puncak kejayaan dalam karier mereka.

PERSAINGAN YANG MENINGKATKAN PRESTASI PEMAIN

Bukan sekadar retorik, persaingan antara pemain dalam skuad Harimau Selatan ini tidak dijadikan alasan untuk menerbitkan sebarang kekurangan dan ketakutan walaupun secara rasionalnya persaingan hebat antara pemain-pemain dapat dilihat secara terang-terangan.

Ini kerana elemen faktor kekuatan ikatan kekeluargaan yang aktual. Di JDT, semangat kekeluargaan amat kuat dan terlebih dahulu dipaksikan dalam jiwa setiap pemain. Kuatnya ikatan tersebut, menjadikan keseluruhan pemain berada dalam suasana tenang dan harmoni walaupun hakikatnya perlu bersaing hebat untuk merebut tempat.

Ironinya sesetengah pemerhati bola sepak tempatan merasakan adalah satu kesilapan bagi seseorang pemain itu memilih JDT sekiranya hanya duduk dibangku simpanan. Ini adalah satu tanggapan yang dikategorikan sebagai bersifat antipersaingan. Dengan wujudnya ideologi antipersaingan ini akan mengakibatkan prestasi seseorang pemain itu tidak dapat dicapai secara optimum.

Di JDT, pemikiran negatif, regresif dan antipersaingan itu sama sekali tidak dibenarkan berada disini. Pemain dimotivasikan supaya terus mempertingkat daya usaha sehingga segala impian menjadi kenyataan.

KESEIMBANGAN PERSAINGAN MENJADIKAN PEMAIN LEBIH BERSEDIA UNTUK BERAKSI

Kesemua pemain yang dipilih mewakili JDT adalah dikalangan para pemain terbaik. Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri sekaligus menjadikan persaingan merebut tempat kesebelasan utama begitu mencabar. Namun dari segi sudut positif, ianya menjadi pemacu swadaya pemain supaya lebih bersemangat untuk memberikan aksi terbaik sepanjang sessi latihan.

Dengan adanya pemain-pemain terbaik dalam skuad Harimau Selatan, ianya juga dapat mewujudkan keseimbangan persaingan antara pemain apabila semua pemain memerlukan antara satu sama lain untuk memaksa diri untuk melonjakkan prestasi mereka dari hari ke hari.

Sejak tahun 2013, persaingan dalam merebut tempat dalam kesebelasan utama JDT berdasarkan prestasi semasa telah dipratikkan. Nama-nama besar ketika itu seperti Safee Sali dan Norshahrul Idlan Talaha juga tidak ketinggalan merasa memorabilia tersebut.

Di era kegemilangan empayar Harimau Selatan, Farizal Marlias antara ikon pemain JDT yang dijadikan contoh terbaik dalam persaingan sihat dalam pasukan. Imbas kembali, rentetan digantung setahun oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada Mei 2017, beliau bangkit semula untuk mencapai prestasi terbaik lantas berjaya merampas kembali posisi sebagai penjaga gol utama setelah kembali sekitar Februari 2018.

PERSAINGAN MENJADIKAN PEMAIN
MUDA SEMAKIN MATANG

Pembangunan akar umbi adalah perkara lazim yang menjadi keutamaan dalam kesinambungan kejayaan Kelab JDT. Dengan kesedaran yang kuat atas kepentingan teras jangka hayat Harimau Selatan, segala perancangan terperinci telah diaturkan demi kelancaran perjalanan mengimplementasikan aspirasi tersebut. Antaranya membawa pemain-pemain muda yang dilihat berpotensi untuk bersaing merebut tempat dalam skuad utama.

Hasilnya, pemain-pemain muda kini semakin meningkat kesan dari persaingan sihat dalam pasukan rentetan JDT berani menurunkan bakat-bakat muda ini merasakan depresi bermain dengan skuad utama.

Perancangan ini juga dilihat berjaya melahirkan pemain muda yang bercita-cita tinggi. Ianya terjadi setelah pemain-pemain tersebut akan sedaya upaya menjadi sehebat pemain-pemain senior hingga mencetuskan peningkatan prestasi yang menakjubkan.

Ini telah dibuktikan oleh pemain muda berbakat Harimau Selatan iaitu Arif Aiman Mohd Hanapi dan Muhd Ramadhan Saifullah Usman yang kini berada pada prestasi memberangsangkan apabila berjaya memberi saingan merebut tempat dikalangan pemain lebih senior dalam pasukan malah menjadi sebahagian daripada watak utama dalam pasukan.

Akhir penulisan, bersama kita berdoa semoga Harimau Selatan akan meneruskan rentak kemenangan ketika turun beraksi pada aksi kedua puluh persaingan Liga Super Malaysia 2021 pada hari Jumaat, 27 Ogos 2021 dengan melayan kunjungan pasukan ‘Tok Gajah’ Sri Pahang FC di Stadium ikonik kebanggaan, Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Luaskan Kuasamu Johor!