JDT LAUNCH JDT+, PREMIUM CONTENT FOR FANS WITH UNTAMED WILL PREMIERE ON 22 OCTOBER 2026
Johor Darul Ta’zim FC (JDT) have launched JDT+, jdtplus.com
a premium content platform dedicated to fans who want to see what happens behind the scenes at the Southern Tigers.
The first premium content, Untamed, a 76-minute feature-length documentary streaming exclusively on JDT+ will premiere on 22 October 2026, with more exciting content set to reach supporters through this subscription-based platform.
Following UNTAMED, JDT+ will present OUTBOUND, an annual documentary series following JDT FC’s campaign in the AFC Champions League Elite.
“JDT+ is another important step in the way JDT continues to grow, not only as a football club, but as a modern sporting organisation. It gives our supporters the opportunity to see much more of what JDT really is.
“Not only the matches, but the daily life of the players, the work behind the scenes, the people, the preparation, the standards and the mentality that drive this club every day.
“For HRH Tunku Ismail, innovation has always been a fundamental part of the vision for JDT. The objective has never been only to succeed on the pitch, but to keep improving, evolving and setting new standards.
“JDT+ is part of that vision. It brings our supporters closer to the club and allows us to tell the JDT story in a deeper and more authentic way. And this is only the beginning.” said Luis Garcia, JDT’S Chief Executive Officer. Luaskan Kuasamu Johor.
Hidup Johor Demi Johor
———
JDT LANCAR JDT+, KANDUNGAN PREMIUM UNTUK PARA PENYOKONG, UNTAMED BAKAL BERSIARAN PADA 22 OKTOBER
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) melancarkan JDT+, jdtplus.com
sebuah platform kandungan premium khusus buat para penyokong yang mahu melihat perkara-perkara yang berlaku di belakang tabir Harimau Selatan.
Kandungan premium pertama, Untamed, sebuah dokumentari berdurasi 76 minit yang ditayangkan secara eksklusif di JDT+ bakal bersiaran pada 22 Oktober 2026 dengan pelbagai lagi kandungan menarik bakal menemui para penyokong menerusi platform langganan ini.
Selepas UNTAMED, JDT+ akan menampilkan OUTBOUND, siri dokumentari tahunan yang menyusuri kempen JDT FC dalam AFC Champions League Elite.
“JDT+ merupakan satu lagi langkah penting dalam perkembangan JDT, bukan sahaja sebagai kelab bola sepak, tetapi sebagai sebuah organisasi sukan moden. Ia memberi peluang kepada penyokong kami untuk melihat dengan lebih mendalam apa yang JDT sebenarnya.
“Bukan sekadar perlawanan, tetapi kehidupan seharian pemain, kerja di sebalik tabir, insan-insan di sebaliknya, persediaan, standard dan mentaliti yang menggerakkan kelab ini setiap hari.
“Bagi Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor, inovasi sentiasa menjadi asas kepada visi JDT. Objektifnya bukan sekadar untuk berjaya di padang, tetapi untuk terus memperbaiki, berkembang dan menetapkan standard baharu.
“JDT+ adalah sebahagian daripada visi itu. Ia mendekatkan penyokong kepada kelab dan membolehkan kami menceritakan kisah JDT dengan lebih mendalam dan autentik. Dan ini baru permulaan.” kata Luis Garcia, Ketua Pegawai Eksekutif JDT. Luaskan Kuasamu Johor.











