PEMBAHARUAN DAN PEMBELIAN PAS ‘JDT MEMBERSHIP’ UNTUK MUSIM 2026-27

    Dapatkan pas bermusim Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini dikenali sebagai JDT Membership untuk musim 2026-27. Para pemegang Pas Bermusim 2025-26 boleh memperbaharui pas masing-masing bermula 12 Julai 2026 sehingga 2 Ogos 2026. Permohonan JDT Membership ini akan bermula pada tarikh yang sama, dan sehingga musim 2026-27 bermula.

    Terdapat 10 pakej istimewa termasuk pakej keluarga disediakan untuk dipilih bermula dari RM345 hingga RM9,750 yang melayakkan kemasukan ke semua perlawanan Liga Malaysia 2026-27 (kecuali Perlawanan Akhir Piala) serta perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC Elite 2026-27 dan Piala Shopee 2026-27 di Stadium Sultan Ibrahim.

    JDT Membership juga akan memberikan akses kepada semua perlawanan melibatkan pasukan JDT II dan JDT Futsal di laman sendiri ditambah pelbagai diskaun menarik untuk pembelian cenderahati, makanan dan minuman serta kemasukan ke Legoland.

    Ayuh hadir ke Stadium Sultan Ibrahim untuk membuat pembelian dan pembaharuan pas bermusim dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang setiap hari. Anda juga boleh membuat pertanyaan di talian 607-5852085. Luaskan Kuasamu Johor.

    ———

    JDT MEMBERSHIP RENEWAL AND PURCHASE FOR 2026-27 SEASON

    Get your Johor Darul Ta’zim FC (JDT) season pass, now known as JDT Membership, for the 2026-27 season. 2025-26 Season Pass holders can renew their membership from 12 July 2026 until 2 August 2026. Applications for the new JDT Membership will also open on the same date and remain available until the start of the 2026-27 season.

    A total of 10 special packages, including family packages, are available, ranging from RM345 to RM9,750 that grants access to all 2026-27 Malaysia League matches (excluding cup finals) as well as the 2026-27 AFC Champions League Elite group stage and 2026-27 Shopee Cup matches at the Sultan Ibrahim Stadium.

    JDT Membership also provides access to all home matches involving JDT II and JDT Futsal, along with a variety of attractive discounts on merchandise, food and beverages, as well as admission to Legoland.

    Visit the Sultan Ibrahim Stadium to purchase or renew your season pass from 10.00am to 4.00pm daily. You can also call 607-5852085 for enquiries. Luaskan Kuasamu Johor.

    Hidup Johor Demi Johor