
JDT… NARATIF IMPAK CETUSAN IDEALISTIK DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
“Kita hidup hanya sekali sahaja dan saya tidak mahu membazirkan masa hanya untuk tidur. Saya telah dilatih sekiranya ingin berjaya, saya harus sentiasa berdisiplin dan berazam. Saya berazam mahu meninggalkan sebuah legasi kepada pencinta bola sepak Malaysia khususnya Johor.”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Berdirinya Harimau Selatan kini bukan sahaja sebagai sebuah kelab bola sepak dalam identiti yang termutasi, tetapi membawa kepentingan menaikkan nama Bangsa Johor supaya tidak dipandang rendah jadi aspirasi.
Inkarserasi dalam kubus ruang masa, berkoyan-koyan rasa gembira dapat dirasa, setiap tahun tidak lekang dengan kejayaan, mimpi Bangsa Johor benar-benar menjadi kenyataan, umpama riba ditimpa sang rembulan, kurnia dari Tunku, dengan syukur kita simpan rapi dalam kenangan.
“Kerana JDT, martabat bola sepak tanah air berjaya dipulihkan”
JDT telah dikenali kerana usaha-usaha yang dibuat oleh Tunku dan pengurusan. Dengan berbagai kejayaan yang dicetak dalam sejarah kebangkitan. Nama JDT akhirnya tidak lekang menjadi sebutan. Dengan adanya JDT, tanah air juga menerima tuah dalam biasan. Maka dikenali liga Malaysia yang selama ini dunia seperti tidak pernah perasan.
Kelab ini diletakkan setaraf kelab-kelab hebat di dalam Asia. Maka usaha Tunku dilihat bukan perkara sia-sia. Satu pencapaian yang buat JDT dikenali kerana Tunku inventif, yang selama ini orang luar hanya melihat pasukan di liga kita terlalu retrogresif.
Ketika ini, JDT satu-satunya kelab yang sering dikunjungi, oleh pemain-pemain terkenal dunia juga lagenda. Bilamana dahulu kita tidak pernah termimpi, pemain-pemain ini menyebut nama JDT walaupun keras lidah.
“Kembali ke Madrid setelah dua hari yang sangat sibuk di Johor. Terima kasih DYAM Tunku Mahkota Johor, atas segala layanan dan kemudahan. Satu penghargaan dapat menyaksikan perlawanan melibatkan JDT di AFC Champions League dan mengenali struktur kelab yang begitu hebat serta sedikit projek yang mereka ada untuk masa depan. Semoga saya kembali ke sini dengan segera!”- 14 Mac 2019 “The Phenomenon” Ronaldo Luís Nazário de Lima
“Kerana JDT, rahsia dan formula kejayaan kelab gergasi dunia berjaya dikongsi”
Sejak kewujudan JDT, kelab ini sentiasa mempunyai keinginan kuat untuk terus berjaya. Tunku telah meminta pandangan dan nasihat daripada beberapa individu yang mempunyai kredibiliti hebat dalam swadaya.
Hasil dari pandangan dan nasihat mereka DYAM Tunku Mahkota Johor terjemah serta adaptasi, menjadikan JDT sebuah kelab yang tinggi reputasi setelah berkolaborasi.
“Kita perlu dikelilingi orang-orang yang hebat supaya kita juga menjadi hebat, jangan berhenti untuk belajar dan menimba ilmu”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
“Kerana JDT, karier bola sepak lebih eksklusif”
Sejak Harimau Selatan berevolusi, pemain dapat merasa gaji yang setimpal dengan prestasi. Bila menyarung jersi JDT semasa beraksi, pemain begitu berasa dihargai lalu bercambahlah aspirasi. Pengurusan dan penyokong sentiasa ada dibelakang dalam apa jua keadaan dan situasi. Sehingga menjadi memori indah dihati kekal inskripsi. Hipotesis yang bakal membuat mereka setia dan bangga termanifestasi.
Ini terbukti bahawa dengan pengakuan Safawi Rasid bintang mega yang sedang menyinar. Dengan jujur pemain ini menyatakan perkara yang rasional dan benar.
“Secara jujurnya, saya tidak ada apa-apa rahsia untuk beraksi dengan baik. Saya akui banyak belajar di Johor untuk jadi terbaik, apa yang JDT ajar saya terapkan, bersama skuad negara telah saya terjemahkan”- Safawi Rashid.
“Kerana JDT, hubungan sesama bangsa semakin akrab”
Lahirnya kelab ini maka bangsa Jauhar jadi ternama. Menyemarakkan lagi perpaduan kita seperti tercatat di sejarah lama. Lebih satu ratus tahun dahulu ikatan termeterai bersama. Sekian lama berkongsi memijak di tanah yang sama.
Wujudnya JDT wasilah ini semakin mekar. Integrasi jadi iltizam di tanah bertuah bumi Jauhar. Kita menjadi satu dalam cahaya payung bangsa. Sedih dan kegembiraan dalam kelab ini kita berkongsi perasaan yang sama rasa. Tiada kasta dan beza warna kulit dalam predikat. Pemikiran bangsa Jauhar bebas dari kubikel yang disekat.
“Saya suka melihat orang bersatu walau apa pun bangsa. Melayu, Cina, India mengibarkan bendera. Saya teruja melihat merah biru di Stadium”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Akhir kalam, kepada penyokong setia pula, Tunku menganggap kita sebagai keluarga yang penting dalam indikator perjalanan kelab. Tunku amat berharap kita semua terus bersatu lalu menjadi fondasi kukuh untuk “Football Club” ini berdiri tegap.
“Pembetulan… bukan sekadar menguruskan ‘Football Club’, tetapi menguruskan “SUCCESSFUL” Football Club”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel : Media JST