JDT TERUS DIKAGUMI DUNIA KETIKA LIGA MALAYSIA DILAMBAKKAN DENGAN PASUKAN GELANDANGAN DAN PENGEMIS!

    “Saya tak terkejut dengan kekayaan aset dimiliki JDT kerana mereka satu-satunya pasukan terawal yang bergerak sendiri tanpa mengharapkan bantuan dana kerajaan negeri ataupun ahli politik”-Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zulakbal Abd Karim

    Siapa sangka? Selama ini tidak ada seorang pemerhati bola sepak, pakar bola sepak mahupun lagenda bola sepak dalam negara mampu meramal JDT akan pergi sejauh ini. Namun tidak pada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, baginda memandang impian perjalanan kelab JDT perlu melebihi langit. Maka, tanpa bantuan atau menagih belas ehsan dana kerajaan, DYAM Tunku Mahkota Johor telah membina empayar kebanggaan ini dengan usaha dan keringat sendiri. Kerana kuatnya prinsip berdikari, kini JDT unggul berada dalam kelasnya tersendiri.

    Selama ini kebanyakan pasukan percaya hanya dengan bergantung harap pada dana kerajaan merupakan talian hayat meneruskan kelangsungan persaingan, kini setelah apa yang dibuktikan organisasi JDT, mereka mula sedar bahawa organisasi perlu memantapkan jenama dan berdikari. Lihat, tanpa JDT adakah kesedaran ini akan terjadi?

    JAM LOCENG KANCAH BOLA SEPAK MALAYA

    JDT telah mengejutkan pengurusan pasukan-pasukan dalam liga domestik dari keselesaan yang berpanjangan. Kewujudan JDT menyedarkan mereka bahawa persaingan bukan sahaja hanya tertumpu dalam negara sahaja. Tanpa JDT, wajah liga domestik bukan seperti hari ini. Kemungkinan liga ini masih berada pada pemikiran yang jumud serta tidak berganjak dari tampuk yang sama seperti era 80 hingga 90-an. Stadium yang daif, kualiti lapangan padang yang menyedihkan, padang latihan yang serba kekurangan malah kebajikan pemain yang sering dipandang remeh.

    KEKAYAAN JDT YANG KIAN MENONJOL?

    Kekayaan JDT? Di Malaysia ialah satu perkara yang subjektif. Perkara ini juga lah yang menyebabkan ramai diantara peminat bola sepak Malaya paranoid terhadap jenama JDT.

    Tetapi itulah hakikat yang perlu ditelan. Disaat kebanyak pasukan yang mengaku lagenda di Malaysia berusaha sedaya upaya cuba menyaingi JDT, tetapi pada masa yang sama masih bergantung susu dengan ahli politik dalam Malaysia.

    “Pasukan lain masih mengharapkan bantuan ahli politik dan ini sebabnya mereka gagal dalam pengurusan dalam erti kata yang sebenar”-Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zulakbal Abd Karim

    SELAIN JDT, PASUKAN LIGA MALAYSIA HANYA MAMPU MENUMPANG DAN MASIH MENGEMIS

    Harian Metro telah menyatakan bahawa merujuk kepada http://www.transfermarkt.co.uk/ nilai pasukan JDT kini adalah sekitar RM38.6 juta membabitkan JDT 1 dan JDT II selain aset dimiliki seperti pusat latihan di Padang Seri Gelam dan Padang Mawar, Stadium Larkin, Stadium Tunku Tun Aminah, Stadium Sultan Ibrahim, JDT HQ dan tanah berhampiran Johor Premium Outlet yang bakal dibangunkan sebagai pusat akademi JDT. Jauh meninggalkan pasukan lain di Malaysia. Tersangat jauh!

    Bayangkan disaat JDT bergaya dengan stadium serba canggih, kebanyakan pasukan Liga Malaysia hanya berangan dengan pelan ilustrasi Stadium yang entah tahun bila mahu dibangunkan.
    Masih lagi mengemis dan menumpang atau menyewa padang latihan manakala gelanggang perlawanan yang diagungkan kepunyaan majlis bandaraya dan sebagainya.

    Akhir penulisan, penilaian ini membuktikan secara visual dan realistik bahawa bagaimana jauh serta secara nyata betapa keuntuhan dan kegagahan organisasi JDT dalam meneruskan aspirasi dalam jangka masa yang panjang. Segalanya berjaya dibuktikan dengan struktur hasil, populariti, projek jangka masa panjang, kawalan hutang, ekuiti dan aset mereka manakala pasukan lain masih lagi memikirkan jalan untuk melangsaikan hutang piutang dan stadium mana yang mahu disewa setiap musim baharu.

    Kesian.