Johor Darul Ta’zim FC (JDT) welcomed 450 students and 50 teachers from various Chinese primary schools in Johor as part of the Johor Schools Sports Council (MSSJ) and Johor Chinese Football Association (JCFA) collaboration to encourage and boost participation among Johor’s Chinese schools in football.
Having already worked with various national schools in Johor, the key agenda of this collaboration is for JDT, Johor FA (JFA) and MSSJ to develop football by establishing an Under-12 competition among Chinese Schools in Johor. JDT and JFA will also embark on development programmes that also includes scouting for the JDT Academy.
The JDT Academy is the only club football academy in Malaysia with full-time programmes that include football training, school studies and accommodation for Under-12s all the way to Under-20s.
Among those present during the launch of the collaboration were JFA President Dato’ Hj Ismail Karim, JDT Chief Operating Officer & Technical Director Alistair Edwards, JCFA President Dato’ Mark Kuang Chia Chin, Deputy President Dato’ Ng Chong Boon and representatives of the various Johor stakeholders involved in the collaboration. Luaskan Kuasamu Johor.
Hidup Johor Demi Johor
———
JDT BANTU KOLABORASI MAJLIS SUKAN SEKOLAH JOHOR (MSSJ) & PERSATUAN BOLASEPAK CINA JOHOR UNTUK TINGKATKAN PENGLIBATAN DALAM BOLA SEPAK
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima kehadiran 450 orang pelajar dan 50 guru dari pelbagai sekolah jenis kebangsaan Cina di sekitar negeri Johor sebagai sebahagian langkah kolaborasi antara Majlis Sukan Sekolah Johor (MSSJ) dan Persatuan Bolasepak Cina Johor (JCFA) untuk menggalakkan penglibatan pelajar sekolah-sekolah Cina Johor dalam bola sepak.
Setelah bekerjasama dengan pelbagai sekolah kebangsaan di Johor, agenda utama kolaborasi ini adalah untuk JDT, Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan MSSJ untuk pembangunan bola sepak dengan mewujudkan pertandingan Bawah-12 tahun antara sekolah-sekolah Cina di Johor. JDT dan PBNJ juga akan memulakan program pembangunan yang turut melibatkan pencarian bakat untuk Akademi JDT.
Akademi JDT adalah satu-satunya akademi bola sepak di Malaysia yang mempunyai program sepenuh masa merangkumi latihan bola sepak, pembelajaran di sekolah serta penginapan untuk pelatih bermula dari Bawah-12 hingga Bawah-20 tahun.
Antara yang hadir ketika majlis pelancaran kolaborasi ini adalah Presiden PBNJ, Dato’ Hj Ismail Karim, Ketua Pengarah Operasi & Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards, Presiden JCFA Dato’ Mark Kuang Chia Chin, Timbalan Presiden Dato’ Ng Chong Boon dan beberapa wakil pemegang kepentingan yang terlibat dalam kolaborasi ini. Luaskan Kuasamu Johor.











