KERJASAMA JDT DAN UNICEF

    “The world has changed, but children’s needs have not”Ayat seribu makna ini membawa maksud jelas misi UNICEF. Bayangkan, UNICEF telah membuat kerja-kerja kemanusiaan di lebih 190 buah negara untuk menyelamatkan nyawa anak-anak, mempertahankan hak anak-anak dan membantu anak-anak memenuhi potensi dari peringkat awal hingga remaja. Sedia maklum, anak-anak adalah masa hadapan kita semua.Sebagai seorang penyokong, bilamana DYAM TMJ telah memberi bayangan bahawa kelab bolasepak JDT akan mencipta sejarah lagi dan lagi, kali ini pula dengan organisasi antarabangsa, sudah semestinya saya mengimpikan kerjasama dengan jenama besar seperti jenama kereta Ferrari mahupun jenama penerbangan antarabangsa. Tetapi tanggapan saya silap. Harus ingat, di dalam perniagaan kelab bolasepak JDT, agak sukar untuk bermain ‘guess game’. Memang tidak akan ada ‘telltale’ mahupun ‘hint’. Dan ini juga bagus di jadikan ‘element of suprise’ kepada semua penyokong. Penyokong teruja menunggu kejutan demi kejutan.Bicara tentang penjenamaan, bilamana diadakan sesi istimewa untuk pengumuman kerjasama JDT dan UNICEF, ia seolah pergerakan ‘checkmate’ kepada sekeliling. Menjadi kelab bolasepak pertama di Asia yang memeterai kerjasama dengan UNICEF. Itu adalah tindakan yang luar biasa bagi sebuah kelab bolasepak. Sebuah kelab bolasepak yang meletakkan nilai kemanusiaan sebagai ‘priority’. Sebuah kelab bolasepak yang membawa tanggungjawab untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang keperluan kanak-kanak.Bayangkan, kanak-kanak di seluruh dunia, saya ulangi, kanak-kanak di seluruh dunia menyarung jersi kelab bolasepak JDT. Dan bayangkan, ambassador terkenal UNICEF membawa logo kelab bolasepak JDT ke serata dunia. Itu adalah sebahagian daripada kejayaan komersial yang akan di capai oleh kelab bolasepak JDT pada masa akan datang. Wahai penyokong JDT, usah pedulikan yang lain. Kelab bolasepak JDT telah berada di landasan yang berbeza. Terlalu tinggi nilainya. Kita patut berbangga. Kerana jenama JDT akan dikenali seluruh dunia. Itu amat luar biasa.Tugas kita sebagai penyokong? Berbaktilah semula kepada kelab bolasepak kita. Tunjukkan taat setia kita sebagai penyokong. Bertindak profesional demi kelab bolasepak tercinta.Ucap tahniah saya kepada kelab bolasepak tercinta. Junjung kasih saya kepada DYAM Tunku Mahkota.

    Ikhlas seorang penyokong,FK