Jun 2023 menyaksikan perjalanan pasif jadual Liga Malaysia (Liga M). Berbanding pada bulan-bulan sebelumnya, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) hanya melalui tiga perlawanan iaitu dua perlawanan Liga Super Malaysia 2023 termasuk satu perlawanan peringkat separuh akhir Piala FA 2023.
Namun begitu, kehadiran bulan Jun 2023 tetap dilihat sebagai antara yang istimewa apabila beberapa perkara menjadi tumpuan utama antaranya;
PERLAWANAN PERSAHABATAN HARIMAU SELATAN MENENTANG JUARA LIGA SINGAPURA
Mencapai kejayaan sememangnya tugas yang sukar namun untuk mempertahankannya merupakan tugas jauh lebih sukar. Ia memerlukan semangat, motivasi, kesabaran, kerja keras dan minda yang positif.
Berpandukan eksistensi elemen tersebut, keseluruhan organisasi JDT sentiasa berusaha mengekalkan momentum, membuat penambahbaikan, korektif segala kelemahan serta meningkatkan keupayaan fizikal dan mental pemain. Walaupun secara logikalnya JDT kini gah mendominasi takhta Liga Super Malaysia 2023, namun titik kondisi JDT perlu berada pada tahap yang lebih bertenaga apabila liga bersambung kelak.
Konsekuensi berdasarkan faktual tersebut, bagi memastikan skuad Harimau Selatan kekal berada pada prestasi optimum ketika ketiadaan konkurensi, satu perlawanan persahabatan antarabangsa kompetitif telah diaturkan organisasi supaya pemain-pemain mendapat impak yang signifikan kepada lonjakan prestasi mereka.
Sekitar 17 Jun 2023, pertembungan di antara JDT dan Juara Singapore Primier League (SPL) 2022 Albirex Niigata FC telah berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. Dengan campuran pemain skuad utama dan beberapa pemain skuad JDT ll telah membentuk sinergi menakjubkan apabila Harimau Selatan berjaya menundukkan cabaran pasukan pelawat dengan keputusan 5-1. Gol-gol JDT dijaringkan oleh Diogo Luis Santo minit ke-18, Fernando Foriesteri minit ke-27, Nazmi Faiz Mansor minit ke-53, Bergson Da Silva minit ke-64 dan Aysar Hadi minit ke-67.
Untuk rekod, Albirex Niigata FC telah memenangi Singapore Community Shield 2023 pada 19 Februari 2023 lalu dan merupakan pendahulu Singapore Primier League (SPL) 2023 setakat ini.
MENJELANG BEBERAPA HARI KE PERLAWANAN SEPARUH AKHIR PIALA FA 2023
Piala FA mewarnai kancah Liga Malaysia (Liga-M) 2023 dengan penampilan format baharu. 20 pasukan terdiri daripada sembilan pasukan dari Liga Super Malaysia 2022, lima dari Liga Premier 2022 dan enam dari Liga M3 2022 telah bertanding dalam kejohanan yang menawarkan slot automatik Asia ini.
Inspeksi kembali naratif perjalanan Harimau Selatan di kejohanan Piala FA 2023 ini bermula dengan mencatat kemenangan 3-0 ke atas PDRM FC hasil dua jaringan Bergson Da Silva dan satu jaringan Leandro Velazquez dalam aksi peringkat kalah mati ‘Round of 16’ pada 14 April 2023 di Stadium Sultan Ibrahim.
28 Mei 2023, di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, JDT telah melakar kemenangan besar 5-0 keatas Penang FC di peringkat Suku Akhir Piala FA 2023 lantas melangkah dengan penuh bergaya menuju peringkat separuh akhir Piala FA 2023. Gol-gol JDT telah dijaringkan oleh ketua pasukan Jordi Amat, Arif Aiman Mohd Hanapi, La’Vere Corbin, Safiq Ahmad selain satu jaringan sendiri pemain Penang FC, Ousmane Fane.
Secara literal, setelah hampir sebulan tanpa sebarang perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim, penyokong Harimau Selatan pastinya tidak sabar untuk kembali bersama-sama menyokong kelab kebanggaan ini beraksi pada perlawanan peringkat separuh akhir Piala FA 2023 menentang Selangor FC pada 26 Jun 2023 kelak.
Untuk rekod, sepanjang musim baharu 2023, sokongan padu penyokong Harimau Selatan telah diterjemahkan dengan statistikal kehadiran tertinggi Liga Super Malaysia 2023 secara keseluruhan, dengan purata kehadiran sebanyak 19,236 orang sepanjang 6 perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim.
Akhir kata, baik, lebih baik dan terbaik. Jangan biarkan ia berehat. Pastikan kaki diletakkan pada tempat yang betul, bersatu padu, berdiri teguh dan teruskan berjuang Harimau Selatan!
Luaskan Kuasamu Johor!