Kelab Bolasepak Johor Darul Taโ€™zim (JDT) pernah melalui detik kejatuhan, detik kegagalan, detik kebangkitan, detik kesembuhan sehingga detik mendominasi. Naratif perjalanan kelab ini telah membawa bersama nilai-nilai motivasi, inspirasi serta kognisi.
    Berdasarkan faktor tersebut, ianya menjadi daya tarikan kepada golongan tertentu dalam menceritakan sirkulasi revolusi Harimau Selatan dengan cara konstruktif sebuah lagu.
    โ€˜PIONEERSโ€™ PROJEKSI SUPREMASI EMPAYAR HARIMAU SELATAN
    17 Mac 2022. Pada tanggal tersebut, JDT yang sentiasa membuat kejutan telah melancarkan tayangan perdana video muzik eksklusif bertajuk ‘Pioneersโ€™.
    Kombinasi epik antara figura hip hop tanah air Joe Flizzow dan figura hip hop antarabangsa Snoop Dogg telah membentuk ungkapan metaforikal tentang kebangkitan Harimau Selatan sehingga mencapai kejayaan demi kejayaan. Selain itu, kata-kata motivasi daripada pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor juga menghiasi bait-bait yang menguatkan alegori dalam lagu ini.
    Bukan sekadar retorik, penghasilan lagu ini juga telah mencetuskan fenomena yang begitu luar biasa dan melonjakkan nama JDT merentasi sempadan dunia.
    MUSIM 2021, โ€˜ROARโ€™ TAMPIL SEBAGAI LAGU TEMA RASMI HARIMAU SELATAN
    Sekitar 12 Mac 2021, ketika pelancaran jersi terbaharu JDT yang bertemakan berlian pada musim tersebut, tayangan perdana video muzik bertajuk ‘Roarโ€™ telah ditayangkan kepada umum. Lagu yang dinyanyikan oleh Timur dan diproduksikan oleh KRU Music telah menjadi pembakar semangat keseluruhan Keluarga Harimau Selatan menjelang persaingan musim 2021.
    Metafora dalam lagu ini adalah atribut yang merujuk kepada liku-liku perjalanan Harimau Selatan yang masih jauh dan penuh dengan rintangan. Hanya dengan keberanian dan pola pemikiran โ€˜winning mentalityโ€™ menjadi fundamental paling penting dalam mengimplimentasi misi dan visi.
    Lagu ini juga berkaitan falsafah JDT yang sentiasa menanamkan keinginan tinggi untuk mencapai prestasi maksimum, menetapkan matlamat yang jelas serta tampil dengan semangat menakjubkan.
    MEMORI REVOLUSI TAHUN 2013, KITA TETAP MENANG
    Melihat kepada skop yang lebih luas. Artistik muzik melalui lagu berupaya mengartikulasikan refleksi dan penanda sejarah dalam eksplorasi Skuad Harimau Selatan.
    Secara konseptualnya, ‘Pioneersโ€™ dan โ€˜Roarโ€™ adalah kesinambungan โ€˜Kita Tetap Menangโ€™ iaitu permulaan episod perjalanan Harimau Selatan. Imbas kembali, sekitar sembilan tahun lalu. โ€˜Kita Tetap Menangโ€™ antara lagu paling awal direka khas buat Harimau Selatan oleh Joe Flizzow yang berkolaborasi bersama Amy Search dan MicBandits. Paling menarik lagu ini juga menampilkan suara emas legenda pengulas sukan termasyhur di Malaysia Dato’ Haji Hasbullah Awang.
    Lagu bergenre Hip Hop ini menjadi antara paling diingati setelah muncul buat pertama kalinya semasa pelancaran jersi pasukan JDT sekitar awal tahun 2013. Lagu ini juga menjadi lagu rasmi yang wajib diputarkan sebelum perlawanan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.
    โ€˜Kita Tetap Menangโ€™ membawa maksud lebih ekstensif mengenai setiap komponen Keluarga JDT iaitu pemilik, pengurusan, barisan jurulatih, pemain termasuk penyokong Harimau Selatan akan sentiasa menyokong tanpa prejudis, tidak kira apa pun terjadi.
    Tidak stagnasi disitu, lagu tersebut telah mendorong terhasilnya limpahan gubahan lagu serta video muzik yang dicipta khas oleh Bangsa Johor untuk Harimau Selatan. Luaskan Kuasamu (Classmates) 2016, Mantra JDT (The boys from down south) 2019, JDT 4 Life (Guru D4) 2019 dan Kosong Satu (Boys Of Straits) 2021 antara lagu-lagu yang menterjemahkan tanda penghargaan serta kebanggaan tanpa mengira status, ras dan agama terhadap empayar unggul kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini.
    โ€˜CHANTโ€™, KUASA LAGU DALAM MENGHASILKAN GELOMBANG KEKUATAN
    Terdapat korelasi yang kuat antara penyokong setia Harimau Selatan dan kuasa sorakan yang mempunyai elemen lagu dan melodi (chant). Definisi sorakan yang mempunyai elemen lagu dan melodi (chant) boleh dianggap sebagai pertuturan muzik atau bentuk ucapan yang dinyanyikan secara bergaya. Sorakan ini kebiasaanya terdiri daripada melodi mudah dan tidak melibatkan struktur muzik yang begitu kompleks namun pengaruhnya begitu besar untuk keseluruhan Keluarga JDT.
    Sejak bertahun dahulu, Boys Of Straits antara komuniti penyokong yang tidak berhenti mencipta lagu untuk diolah menjadi sorakan padu.
    Luaskan kuasamu Johor, Hidup Mati Johor dan banyak lagi antara lagu yang mempunyai nilai sentimental yang amat tinggi buat Harimau Selatan.
    Tampil sebagai nyanyian wajib setiap perlawanan yang membabitkan JDT malah menjadi tonik tambahan efektif buat Harimau Selatan sama ada ketika berdepan titik rendah dalam perjuangan atau hanya selangkah untuk meraikan kejayaan.
    Tidak terhad hanya di stadium, lagu-lagu yang digubah juga telah menjadi trend ikutan dinyanyikan di majlis-majlis sosial termasuk di sekolah-sekolah sekitar Negeri Johor.
    Rentetan itu, sorakan padu yang mempunyai lagu dan melodi yang dibawa oleh komuniti ini telah menjadi sesuatu yang amat ditunggu oleh kebanyakan penyokong setia. Setiap frasa berirama yang diulang, yang dilaungkan atau dinyanyikan secara serentak mampu memberi satu semangat luar biasa kepada setiap penyokong Harimau Selatan.
    Akhir kata, tidak dinafikan kuasa lagu mempunyai impak yang amat besar terhadap psikososial setiap lapisan Keluarga JDT.
    โ€œBlood,sweat, pride and tears, now you chilling with some pioneersโ€