Memasuki era baharu kejohanan Piala Malaysia, musim 2022 menampilkan revolusi format persaingan yang begitu radikal dimana tiada lagi perlawanan peringkat kumpulan dalam kempen kali ini.
    Bukan itu sahaja, bermula musim 2022, dalam usaha menjadikan saingan tertua Asia ini lebih dinamik dan kompetitif, badan penganjur Malaysian Football League (MFL) memutuskan untuk tidak lagi menggunakan sistem peraturan gol tempat lawan di semua peringkat selaras dengan perubahan terkini Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).
    CABARAN HARIMAU SELATAN SUDAH BERMULA, FOKUS KEMBALI TERARAH
    Imbas kembali, hasil undian TM Piala Malaysia yang telah diadakan pada Khamis, 6 Oktober 2022, JDT memulakan cabaran di peringkat kalah mati ‘Round of 16’ secara timbal balik bertemu PJ City pada 26 Oktober 2022 di gelanggang lawan dan 31 Oktober 2022 di Stadium Sultan Ibrahim.
    Sebaik sahaja sepak mula kompetisi TM Piala Malaysia 2022, JDT membuka lembaran naskah persaingan dengan mencatatkan kemenangan di perlawanan pertama (1st Leg) apabila menewaskan tuan rumah PJ City 0-4 di Stadium MBPJ, Petaling Jaya dan 0-2 pada perlawanan kedua (2nd leg) di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri. Rentetan keputusan muktakhir tersebut, Harimau Selatan melangkah bergaya ke peringkat seterusnya.
    Pada Sabtu, 5 November 2022, ketika berlangsungnya perlawanan pertama (1st Leg) peringkat Suku Akhir TM Piala Malaysia 2022 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru Harimau Selatan telah melakar kemenangan 0-3 keatas Kelantan FC lantas memastikan skuad Harimau Selatan membawa bekalan kelebihan agregat ke perlawanan kedua (2nd leg) yang akan berlangsung di Stadium ikonik kebanggaan, Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat, 11 November 2022.
    PERLAWANAN KEDUA SUKU AKHIR TM PIALA MALAYSIA, AYUH PENYOKONG JDT!
    Sepanjang musim yang ditempuhi keseluruhan pasukan sentiasa diuji, tidak kira dari segi mental ataupun fizikal. Namun disebalik pancawarna perit dan getir tersebut, partisipasi penyokong dalam setiap perlawanan menjadi penawar paling efektif dalam merekonsiliasi semangat keseluruhan pasukan untuk terus memandang kehadapan.
    Algoritma yang tidak boleh diubah. Organisasi, pasukan dan penyokong saling melengkapi. Kuatnya afiliasi antara satu sama lain, menjadikan organisasi ini sentiasa berinteraksi dan saling memerlukan. JDT telah berjaya mengkonsolidasikan ikatan kekeluargaan dengan menjadikan penyokong sebahagian daripada ramuan utama dalam ambisi organisasi melakar sejarah baharu.
    Konsekuensi berdasarkan faktual tersebut, penyokong Harimau Selatan diseru untuk hadir bersama-sama mengiringi pemain Harimau Selatan di perlawanan kedua (2nd leg) peringkat Suku Akhir TM Piala Malaysia 2022 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
    Ayuh! Jangan biarkan sokongan berkurang, penuhkan di setiap sudut dan juga ruang! Buktikanlah! Ngauman Selatan bukan sekadar mitos atau dongeng yang kabur. Ianya adalah atmosfera sebenar di stadium ikonik Johor yang tersohor!
    Kita rekayasa fenomena luar biasa!
    Akhir kata, tiada batas untuk menggapai kejayaan. Berusaha sebaik mungkin dan berjuanglah!
    Merah tak kabur, Biru tak luntur! Teruskan melangkah Harimau Selatan!