“Tanamkan lima ayat ini kepada diri kamu pada setiap pagi. Pertama, saya adalah yang terbaik. Kedua, saya pasti boleh lakukan. Ketiga, Tuhan sentiasa bersama saya. Keempat, sayalah juara. Kelima, hari ini adalah hari saya!”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

    DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sentiasa memantapkan keupayaan psikologi dalam Keluarga Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Baginda juga sentiasa mengingatkan bahawa hanya sifat percaya kepada diri sendiri adalah faktor utama mencapai sesuatu kejayaan.

    Setiap bait kata-kata DYAM Tunku Mahkota Johor telah memberi satu stimulasi bagaimana pentingnya menyingkirkan sikap-sikap negatif yang meracuni dalam diri. Ironinya, sifat-sifat seperti fatalistik, pesimistik dan skeptikal akan menjadikan kita semakin lemah lalu akhirnya menghakis kepercayaan kepada diri sendiri sehingga memberi kesan kepada interpretasi corak pemikiran ‘winning mentality’.

    IMPLEMENTASI KONSEPTUAL WINNING MENTALITY

    Secara konseptualnya, ‘winning mentality’ adalah fundamental paling penting dalam konstruksi sebuah empayar unggul seperti empayar Harimau Selatan. Mekanisme memperhebatkan keupayaan komposisi corak pemikiran ini telah membantu seluruh keluarga JDT memiliki kekuatan moral dalam sirkulasi kehidupan lalu diolah menjadi formulasi pelonjak semangat untuk lebih giat berusaha, berbudaya kerja cemerlang, berdaya saing, berintegriti serta memiliki cara pandang berbeza dari yang lain.

    Kini dengan segala usaha giat DYAM Tunku Mahkota Johor, aplikatif corak pemikiran ‘Winning Mentality’ telah menjadi ekapaksi organisasi. Pengurusan, pemain malahan penyokong juga telah berjaya mengadaptasi sikap ini supaya terus sejati dalam diri lantas menjadikan JDT sentiasa kompeten memburu kejayaan demi kejayaan di masa hadapan.

    ‘WINNING MENTALITY’ MENJADIKAN JDT SEMAKIN MENDOMINASI

    Mencetak sejarah, melakar kejayaan, mencipta rekod dan memecah tradisi kancah bola sepak Malaysia merupakan tugas yang amat sukar. Koordinasi bersistematik harus merangkumi strategi, masa dan kesabaran malah memerlukan konsentrasi maksimum pada setiap persaingan yang ditempuhi. Sedikit sahaja kesilapan atau tergelincir dari titik fokus dalam perebutan akan mengakibat segala misi akan menemui jalan yang krusial.

    Namun partisipasi DYAM Tunku Mahkota Johor dalam mencorak pemikiran yang menjana cabang-cabang intelektual minda dalam keluarga JDT, akhirnya membantu JDT menembusi setiap rintangan dengan cemerlang lantas berdiri sebagai sebuah kelab yang berpandangan jauh, autoritatif tidak dapat ditewaskan, mempunyai reputasi yang unggul dan superioriti dalam masa yang begitu singkat.

    “Perkara yang baik adalah, saya telah menanamkan ‘winning mentality’ tetapi kita tidak boleh lupa di mana kita berada sebelum ini. Kita perlu sentiasa bersyukur dengan pencapaian ini kerana kami perlu bersedia bahawa, akan datang pada satu masa nanti iaitu apabila JDT tidak memenangi sebarang trofi kami perlu berada bersama kelab kami kerana JDT bukan sahaja melambangkan keluarga JDT tetapi juga melambangkan negeri Johor Darul Ta’zim yang sentiasa menjadi perintis”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

    ‘WINNING MENTALITY’ DALAM MENETAPKAN OBJEKTIF DAN MATLAMAT YANG PERLU DICAPAI

    Terdapat korelasi yang kuat antara ‘winning mentality’ dan objektif serta matlamat yang mahu dicapai oleh sesebuah pasukan. Mengambil contoh teoretikal, setiap musim berganti, Petunjuk Prestasi Utama (KPI) JDT akan diletakkan secara realistik dan bukan sebagai eksperimentasi yang sekadar meraih publisiti atau populariti.

    Rasionalnya, sifat berani mencabar diri sendiri, memang kuat dalam jiwa DYAM Tunku Mahkota Johor. Secara amnya, baginda sentiasa memberikan motivasi kepada seluruh Keluarga JDT supaya menanamkan sifat berani menerima cabaran. Baginda menegaskan bahawa dengan cabaran sahaja akan menghasilkan kematangan. Kematangan pula akan menjadikan organisasi ini terjamin stabiliti dan sentiasa berada dalam bulatan optimis untuk mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan.

    Penyertaan JDT di Liga Juara-Juara AFC (ACL) juga telah membuktikan bahawa represif ‘winning mentality’ berjaya membawa keluar DYAM Tunku Mahkota Johor dan JDT dari belenggu kontekstual konvensional persepsi bahawa kelab dari Malaysia hanya sebagai pelengkap kumpulan persaingan elit rantau Asia tersebut. Imbas kembali, Harimau Selatan berjaya menundukkan kelab gergasi Asia seperti Kashima Antlers dan Suwon Samsung Bluewings. Suatu pencapaian luar biasa membuka mata pemerhati bola sepak dalam dan luar negara.

    “Di JDT, semuanya adalah mengenai ‘Winning Mentality’. Saya ‘push’ para pemain saya ‘to the limit’. Lama-kelamaan ia menjadi satu ketagihan.”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

    ‘WINNING MENTALITY’ MENJADIKAN KEGAGALAN SEBAGAI SEBAIK-BAIK MOTIVASI DALAM MENCAPAI KEMENANGAN LEBIH BESAR

    Kegagalan menjadikan JDT lebih baik. Dengan kegagalan, JDT sentiasa dilihat fokus pada penambahbaikan dan beranggapan bahawa segala kekalahan dan kegagalan adalah transit untuk menuju kejayaan lebih besar. DYAM Tunku Mahkota Johor sentiasa mengingatkan keseluruhan pasukan dan penyokong bahawa jangan terlalu sedih dengan kegagalan kerana kegagalan ini adalah hanya satu permulaan untuk mencapai sesuatu kejayaan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan di Malaysia.

    Statistikal menunjukkan JDT mempunyai peningkatan prestasi yang menakjubkan setiap musim. Bermula dari tahun 2013 hinggalah terkini, prestasi Harimau Selatan bercambah positif. Kejayaan mempertahankan tujuh tahun kejuaraan dan masih lagi memonopoli liga domestik tempatan menjadikan pesaing-pesaing traumatik dan direnjat emosi setiap musim berganti. Paling membanggakan projek akar umbi juga kini membuahkan hasil apabila berjaya mendominasi setiap kejuaraan dalam dan luar negara yang dipertandingkan mengikut peringkat usia.

    “Kita adalah Johor Darul Ta’zim, dan mereka patut takut akan kita, kerana mereka tidak akan dapat menghalang empayar ini daripada menjadi lebih kuat. Ingat, kita tidak pernah kalah, kita cuma belajar daripada pengalaman”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

    Akhir kata, corak pemikiran ‘winning mentality’ adalah solusi melahirkan generasi minda kelas pertama! Ianya bukan sahaja memberi faedah kepada JDT tetapi juga memberi manfaat besar kepada pasukan bola sepak kebangsaan.

    Demi Merah Biru, Luaskan Kuasamu Johor!

    “Apabila masanya telah tiba, jika anda telah dipilih, ia akan melakukannya sendiri. Dan ia akan terus melakukannya, sehingga anda mati, atau ia mati di dalam diri anda”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

    Sumber artikel: Media JST

    Hidup Johor Demi Johor