Berseri di pilar langit Jauhar gugus bintang Kartika. Menerangi rotasi sistem koordinat ekliptika. Mutlak mendakap kejuaraan buat kali kelapan. Musim dua puluh dua puluh satu, Liga Super Malaysia masih kekal dalam taklukan.

    Kemenangan tiga kosong menentang Tok Gajah di Stadium Sultan Ibrahim tercatat sebagai keputusan muktahir. Umpama mempunyai butang mara laju, musim ini terasa sungguh pantas untuk berakhir.

    Lima puluh satu mata sudah cukup menobatkan Harimau Selatan sebagai Juara yang supremasi. Liga Super Malaysia belum tamat tetapi kita sudah mencapai matlamat secara konsistensi.

    โ€œKamilah Fenomena! Kamilah Juara!โ€

    Kontra disebalik topeng balaclava. Disaat pasukan lain berpandangan kabur akibat konjunktiva. Kelab Bolasepak Johor Darul Tazim (JDT) dilihat kekal cekal merealisasi impian radikal secara faktual. Termanifestasi segala tanda aras yang disasar logikal, lantas memberi impak kritikal buat mereka yang sentiasa skeptikal.

    Dalam konseptual cetusan legasi kita ektrapolasi. Semestinya sempurna organisasi unggul ini beroperasi. Menimbulkan perasan gembira, teruja dan kagum mencapai titik paling maksimal. Mengakibatkan palpitasi berdegup laju seakan menjadi begitu abnormal. Harimau Selatan masih kekal bergelar juara bertahan secara faktual. Walaupun dihurung provokasi murahan yang begitu kurang nilai intelektual.

    โ€œSiapa mampu halang?โ€

    Tiada sebarang halangan mampu menghalang ketagihan JDT dalam mengejar lebih banyak kejayaan kontingensi. Kerana elemen itu, organisasi JDT dilihat sentiasa mahu mengimplementasi misi walaupun menempuhi jadual padat konkurensi. Harimau Selatan sentiasa memandang ke hadapan dalam memastikan tiada seinci ruang bagi pasukan pesaing menganggugugat. Sebagai proposisi untuk terus inventif walau memerlukan memerah sehabis keringat.

    Interpretasi muncul sebagai juara dua puluh dua puluh satu sebenarnya sudah terpapar awal. Imbas kembali, pada lima Mac dua puluh dua puluh satu menjadi tanggal pembuka caturan aktual. Misi pertama musim baharu mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih tanda kredibiliti. Mempertahankan empat tahun berturut-turut, persaingan itu dengan mudah kita monopoli secara kontinuiti.

    โ€œAda apa dengan lapan?โ€

    Kali ini mengekalkan gelaran lapan tahun berturut-turut membawa bersama lapan perkara.

    Pertama, JDT kekal sebagai kelab paling berkuasa dalam negara. Kedua, Harimau Selatan mencipta sejarah sebagai kejuaraan berturut-turut terbanyak dalam Asia Tenggara. Ketiga, Benjamin Mora membuktikan kehadiran beliau bukan suatu kesilapan. Keempat, kejuaraan kali ini didedikasi kepada petugas barisan hadapan. Kelima, wang kemenangan juga disumbangkan kepada petugas barisan hadapan sebagai tanda penghargaan. Keenam, organisasi juga akan memastikan JDT tidak terlalu selesa dibuai kejayaan dan mengekal momentum di masa hadapan. Ketujuh, JDT tidak sesekali gentar dengan apa sahaja mitos pasukan yang dicanang mahu menjadi pencabar kejuaraan. Kelapan, walaupun apa terjadi, kelak cahaya bintang piroteknik pasti meletus menerangi rona awan hitam memecah kegelapan!

    Akhir kalam, seronok melihat Keluarga JDT sekali lagi menjulang kejuaraan kelapan di tanah Johor, dan tidak lupa juga jutaan terima kasih atas kejuaraan ini kepada satu-satunya DYAM Tunku Mahkota Johor!

    Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

    Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
    Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.