Kejayaan Kelab Bolasepak Johor Darul Taโ€™zim (JDT) mempertahankan kejuaraan ‘quadruple’ berganda, mengumpul 162 gol sepanjang musim dan mencipta rekod โ€˜unbeatenโ€™ atau โ€˜invincibleโ€™ dalam saingan Liga Super Malaysia buat kali keempat merupakan sejarah baharu yang begitu sempurna, luar biasa dan spektakular pada musim 2023.

    Konsekuensi berdasarkan faktor itu, horizon total dominasi JDT telah diperluaskan kepada penguasaan pemain-pemain Harimau Selatan di majlis virtual Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK2023) tempoh hari.

    Selain itu, berikut adalah beberapa lagi perkara menarik yang telah berlangsung sepanjang bulan Mac 2024 setakat ini;

    REPUTASI DAN KUALITI, JDT KINI MENJADI ANTARA DESTINASI PILIHAN

    4 musim berturut-turut. Bermula dari persiapan musim baharu 2016 sehingga musim 2019, Thailand telah dijadikan sebagai lapangan latihan pramusim bagi mempertingkatkan motivasi, menjana keyakinan dan melonjakkan prestasi.

    Sejak itu, JDT telah bertembung dengan lebih kurang 10 kelab bola sepak dari negara tersebut seperti Ratchaburi Mitrphol FC, Bangkok United FC, PTT Rayong FC, Big Bang Chulalongkorn University FC, Army United, Chonburi FC, Port FC, Air Force Central FC dan Buriram United FC.

    Namun putarannya kini berubah, JDT pula dilihat menjadi destinasi pilihan kelab-kelab dari negara tersebut untuk melakukan kunjungan dan perlawanan persahabafan berikutan mempunyai kualiti, kesempurnaan fasiliti, prasarana, teknologi terkini serta memegang reputasi sebagai kelab yang bertanding di Liga Juara-Juara AFC Elit 2024โ€“25 (ACLE).

    Imbas kembali, sekitar 16 Mac 2024, JDT telah menerima kunjungan kelab bola sepak profesional Liga Thai 1 (T1) yang berpangkalan di Bangkok, Police Tero FC. Beberapa minggu selepas itu, pada tanggal 21 Mac 2024, sebuah lagi kelab bola sepak profesional Liga Thai 1 (T1) yang berpangkalan di wilayah Chonburi, Thailand iaitu Chonburi FC turut melakukan perkara yang sama.

    Delegasi dari kelab-kelab tersebut dibawa melihat dengan lebih dekat kemudahan fasiliti bola sepak yang serba canggih di Pusat Latihan JDT di Padang Seri Gelam, Pusat Medikal Dan Kecergasan serta tidak ketinggalan mengadakan perlawanan persahabatan di โ€˜The-State-Of-The-Artโ€™ Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

    GANDINGAN JDT, YAYASAN JDT SERTA CHERY MELALUI KEMPEN โ€˜JDT RAMADAN SPECIALโ€™

    JDT berperanan lebih besar daripada sebuah kelab yang hanya berjuang dalam permainan bola sepak. Konseptual organisasi ini telah membawa bersama nilai-nilai murni serta mempunyai empati yang kompleks terhadap masyarakat majmuk di Malaysia.

    Rasionalnya selain menerapkan asas perpaduan dikalangan Bangsa Johor serta para penyokong JDT amnya, JDT juga tidak ketinggalan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR).

    Sepanjang bulan Ramadan ini, secara lazimnya, Kempenย #JDTRamadanSpecialย telah menjadi metaforikal bagi program tanggungjawab korporat (CSR) dengan memberi fokus kepada menyalurkan sumbangan kepada golongan yang kurang bernasib baik.

    Pada tahun ini, JDT sekali lagi berkolaborasi bersama Yayasan JDT dalam Kempenย #JDTRamadanSpecial. Paling istimewa, pada tahun ini juga, syarikat automobil antarabangsa Chery turut bersama-sama menjayakan kempen ini dimana model kenderaan utiliti sukan (SUV) berkonsepkan artistik iaitu Chery OMODA 5 bertindak sebagai kenderaan rasmi pemain-pemain JDT.

    Bermula pada tarikh 15 Mac 2024, JDT yang diwakili Safiq Rahim, Romel Morales dan Jalil Elรญas bersama Yayasan JDT dan Yayasan Kanser Tunku Laksamana telah menyampaikan sumbangan serta infaq kepada pejuang-pejuang kanser di Wad Hematologi Tunku Laksamana Johor, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

    Untuk rekod, Wad Hematologi yang menempatkan pejuang-pejuang kanser darah seperti Leukemia, Limfoma dan Myeloma ini telah dinaik taraf oleh Yayasan Kanser Tunku Laksamana sekitar bulan Jun 2018 seterusnya dirasmikan oleh DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor pada 23 November 2018.

    Sekitar 24 Mac 2024, JDT yang diwakili Muhamad Feroz Baharudin dan Murilo Henrique bersama Yayasan JDT telah berkunjung ke Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan wanita. Selain menyampaikan sumbangan barangan keperluan serta hadiah, para pemain JDT turut meluangkan masa melakukan beberapa aktiviti riadah bersama penghuni rumah kebajikan berkenaan.

    Akhir kata, segala gerak kerja progresif organisasi menjadikan JDT kekal unggul berkarakteristik hebat setiap kali menjelang musim baharu.

    Luaskan Kuasamu Johor!