Meniti pertengahan musim, namun musim 2023 sudah dilihat sebagai tahun yang begitu menarik berikutan beberapa pencapaian menakjubkan telah dicatat setakat ini oleh Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).
Dari sudut kontekstual, fenomena ini memprojeksikan bahawa setiap hierarki organisasi Harimau Selatan merangkumi dari pengurusan tertinggi sehinggalah ke barisan pemain sentiasa bermotivasi untuk merealisasikan ekspektasi polisi dan falsafah yang telah disasarkan organisasi.
KUALITI STADIUM SULTAN IBRAHIM SENTIASA MENJADI KEUTAMAAN
Dalam usaha mengekalkan reputasi Stadium Sultan Ibrahim sebagai stadium terbaik di Asia Tenggara, pemilik Kelab JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah bertekad bahawa stadium ini harus mengutamakan dua elemen utama iaitu fasiliti berkelas dunia dan mempunyai padang berkualiti tinggi setanding dengan stadium-stadium terbaik di dunia.
Walaupun lapangan rumput Zeon Zyosia sedia ada telah mencapai standard Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), itu tidak bermakna penambahbaikan akan berhenti serta merta. Kawalan kualiti padang Stadium Sultan Ibrahim sentiasa menjadi keutamaan dan dititikberatkan bagi memastikan lapangan sentiasa berada pada kondisi yang terbaik. Konsekuensi berdasarkan faktual tersebut, penyelenggaraan secara berkala telah menjadi rutin wajib dan sentiasa diaplikasi setiap musim berganti.
Bagi musim baharu 2023, proses penyelenggaraan padang Stadium Sultan Ibrahim telah dijalankan bermula sekitar bulan Disember 2022. Ianya melibatkan proses ‘scalping’, potongan ‘verticutting’, dan pengudaraan teras padang. Kerja-kerja naik taraf ini dilakukan bagi menggalakkan pertumbuhan semula rumput untuk membebaskan kesan pemadatan padang yang terhasil sepanjang musim gemilang 2022.
Terbaharu, sekitar 25 Mei 2023, menjelang perlawanan kedua belas Liga Super Malaysia (LS12) menentang Sri Pahang FC, lapangan padang Stadium Sultan Ibrahim sekali lagi menjalani proses penambahbaikan dan penyelenggaraan berkala.
MARA KE PERINGKAT SEPARUH AKHIR PIALA FA 2023
Hasil undian Piala Malaysia yang telah diadakan pada Jumaat, 10 Februari 2023, cabaran JDT di dalam kejohanan Piala FA edisi ke-33 bermula di peringkat kalah mati ‘Round of 16’ bertemu PDRM FC pada 14 April 2023 di Stadium Sultan Ibrahim.
Sebaik sahaja sepak mula kompetisi Piala FA 2023, JDT membuka lembaran naskah persaingan dengan mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas PDRM FC hasil jaringan berganda Bergson Da Silva dan satu jaringan Leandro Velazquez lantas membawa Harimau Selatan melangkah bergaya ke peringkat Suku Akhir Piala FA 2023.
Pada hari Ahad, 28 Mei 2023, ketika berlangsungnya perlawanan peringkat Suku Akhir Piala FA 2023 di Stadium ikonik kebanggaan, Stadium Sultan Ibrahim, Harimau Selatan telah melakar kemenangan besar 5-0 keatas Penang FC. Rentetan kemenangan tersebut, JDT berjaya mara ke peringkat kalah mati, Separuh Akhir Piala FA 2023 dan bakal bertemu Selangor FC pada satu tarikh yang bakal diumum secara rasmi oleh badan pengurusan liga tempatan, Malaysia Football League (MFL) kelak.
Beberapa perkara menarik yang telah tercatat pada perlawanan tersebut, antaranya adalah Kapten Pasukan Harimau Selatan, Jordi Amat berjaya mencatat gol pertamanya pada minit ke-38 sejak debut bersama Harimau Selatan pada 19 Ogos 2022.
Tidak stagnasi disitu, JDT konsisten mencatat kemenangan besar walaupun menurunkan barisan pemain-pemain alternatif. Ironinya, ianya memberi persepsi bahawa JDT kini mempunyai sebuah skuad berkualiti berskala besar yang superior dalam menghadapi empat kejohanan iaitu Liga Super Malaysia, Piala FA, Liga Juara-Juara AFC (ACL) dan Piala Malaysia.
PERSAINGAN SIHAT ANTARA PEMAIN, KESEMPURNAAN PUSINGAN PERTAMA
Pesaingan sihat antara pemain adalah elemen penting dalam peningkatan prestasi pemain. Ianya juga merupakan fundamental utama bagi mewujudkan sebuah pasukan profesional yang mempunyai nilai kompetitif, berdaya saing dan berkemampuan mengekalkan prestasi secara konsisten dalam apa jua perlawanan tempatan mahupun antarabangsa.
Secara konseptualnya, JDT sentiasa berada dalam kitaran dimana setiap pemain harus bekerja keras untuk bersaing mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama.
Ternyata langkah-langkah pragmatik tersebut telah mencetuskan strategikal penggiliran pemain secara terancang pada setiap perlawanan. Pada situasi semasa, walaupun menurunkan barisan berbeza, JDT tetap konsisten sehingga muncul satu-satunya kelab yang melakar 12 kemenangan berturut-turut lantas mengungguli carta Liga Super Malaysia 2023.
Fernando Forestieri mendominasi kedudukan senarai penjaring terbanyak kejohanan setelah menghasilkan 14 gol dari 13 penampilan. Bergson da Silva meletakkan diri sebagai penjaring ketiga terbanyak liga dengan kumulatif 8 jaringan hasil dari 9 penampilan setakat ini. Penjaga gol utama JDT, Ahmad Syihan Hazmi pula cemerlang dengan catatan menakjubkan 12 ‘Cleen Sheet’ berturut-turut dalam 10 perlawanan Liga Super Malaysia 2023.
JDT juga berjaya mengekalkan 100 peratus kemenangan setelah melengkapkan perlawanan terakhir pusingan pertama Liga Super Malaysia 2023 dengan kemenangan 0-2 keatas Penang FC pada Sabtu, 3 Jun 2023 di Stadium Bandaraya Pulau Pinang dan merupakan catatan terbaik Harimau Selatan sejak 2013.
Akhir kata, Konklusinya, perancangan dinamik organisasi JDT meliputi penerapan tujuan, sasaran, penyusunan strategi, pelaksanaan program serta fokus kegiatan menjadikan JDT komited mengawal standardisasi kualiti, reputasi dan prestasi.
Luaskan Kuasamu Johor!