MEDIA PERANCIS KONGSI KISAH KEJAYAAN BERGSON DI JDT

    Media Perancis, 20 Minutes berkongsi kisah kejayaan penyerang Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva yang semakin menjadi perhatian di Eropah selepas mencatatkan rekod purata jaringan melebihi Kylian Mbappe, Erling Haaland dan Robert Lewandowski pada 2022.
    Penyerang Brazil itu mula mendapat perhatian media Eropah selepas laman Sky Sports Italia meletakkan Bergson sebagai penjaring dengan purata jaringan tertinggi — 1.27 gol untuk setiap perlawanan.
    Bergson yang turut ditemubual berkata dia tidak pernah terfikir untuk mencapai kejayaan ini dan perkara ini adalah bonus buatnya untuk duduk sebaris dengan nama-nama besar namun ianya masih belum cukup buatnya.
    Dia turut mengakui bahawa kini dia sedang melalui fasa terbaik dalam dirinya terutamanya apabila mendapat sokongan penuh daripada pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan dia menganggap itulah rahsia kejayaannya.
    Bergson menjaringkan 46 gol dari 36 perlawanan ketika membantu Harimau Selatan meraih empat kejuaraan trofi domestik dan layak ke peringkat 16 terbaik Liga Juara-Juara AFC. Luaskan Kuasamu Johor.