“Syukur saya kehadrat Allah SWT kerana pasukan bola sepak Johor mempunyai penyokong yang paling hebat dalam negara ini. Dengan sikap yang tidak mudah berputus asa, bersemangat, bersatu hati, dan berdisiplin. Syukur juga ke hadrat illahi kerana saya yakin dan pasti bahawa masa depan bola sepak negeri Johor sangat cerah dan berpotensi tinggi.”- 29 Jun 2013, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

    Perutusan oleh DYAM Tunku Mahkota Johor sekitar tahun dua ribu tiga belas secara bersungguh bilamana Harimau Selatan tewas pada perlawanan akhir Piala FA dua ribu tiga belas kepada Kelantan lalu impian menjulang piala terpaksa ditangguh.

    Cukup adiwarna titah ini padat dengan aspirasi penuh makna maka nasihat diadaptasi menjadi petua. Lalu memarakkan api sokongan penyokong setia terus kekal membara sehangat magma Mauna Loa. Tidak sesekali bersifat fatalistik. Tunku kekal atruistik. Idealis berpaksi futuristik. Organisasi dibina penuh artistik.

    Sejak detik itu, Tunku mendidik kita tentang kesetiaan, kepercayaan serta keazaman. Faktual tiga elemen ini akhirnya sama-sama kita adun jadikan dogmatik dalam perjuangan. Lama kelamaan ianya sebati karismatik berada dalam diri sendiri. Bercambah cantik bagai Shibazakura, dalam hepatik segar bugar dari hari bertemu hari.

    “Kesetiaan yang autoritatif”

    Kesetiaan adalah elemen paling utama dalam konteks Keluarga JDT yang menjadi wadah organisasi. Kesetiaan yang wujud dan saling berhubungan tiada sebarang isolasi. Kesetiaan menjadikan sokongan ini luar biasa dapat diterjemahkan. Sehingga mengundang ekspresi ketakutan, bagi setiap pencabar dalam perlawanan yang telah dijadualkan.

    Dengan kesetiaan, penyokong sentiasa berdiri dibelakang pasukan dalam apa jua situasi. Dengan kesetiaan, menjadi pemangkin menyelesaikan detik krusial lalu bertemu sebuah solusi.

    “Kepercayaan yang tiada skeptis”

    Kepercayaan penyokong kepada organisasi perlu bersifat fundamental. Kerana sasaran bukan disasarkan sekadar eksperimental. Perlu lebih diperkukuh supaya teguh dalam struktural. Sentiasa utuh afektif dalam anatomi secara literal.

    Bagai melodrama bermacam-macam halangan telah dikalkulus. Dalam konseptual legasi yang menjadi stimulus. Hanya kepercayaan menjadi kunci untuk mengaut lebih banyak kejayaan. Juga dilihat sebagai apresiasi terhadap gerak langkah dalam mencapai sejuta impian.

    Sememangnya bukan rahsia, kepercayaan penyokong adalah formula paling ampuh dalam melunaskan segala agenda yang mahu dicetus. Juga sebagai transportasi bagi merealisasi segala perancangan supaya bebas terperangkap dari belenggu kuadratus.

    “Keazaman yang ekspresif”

    Keazaman elemen yang melengkapi dalam perjalanan mencapai aspirasi. Dengan keazaman menjadi kodifikasi sebuah jati diri yang termanifestasi. Tanpa keazaman obor semangat dalam jiwa hanya malap tiada sirna. Tanpa keazaman perjuangan yang dikejar sia-sia tiada bermakna.

    Penyokong harus mempunyai keazaman untuk terus bersama ketika apa jua situasi yang berlaku dalam garis masa. Bersiap sedia membantu organisasi ini sentiasa dalam radius stabilisasi dan kekal berkuasa.

    Jika terjadi sesuatu tidak selaras dengan keinginan. Dengan keazaman bersama kita navigasi kembali perjalanan. Jika ada yang jatuh bersama kita tolong bangunkan. Jangan terlalu selesa hingga tidak sedar kita corak garis lengkung kekecewaan.

    Akhir kalam, deklarasi yang tidak boleh disangkal. Sokongan sejati ini masih kekal integral. Kini enam tahun kekal mahkota dalam dakapan. Di singgahsana superlatif bersemayam, dirgahayulah kebanggaanku Harimau Selatan!

    Belang dalam jiwa, taring angkuh kalung atas dada, selamanya Merah Biru!

    “Terima kasih saya ucapkan kepada semua rakyat negeri Johor yang setia memberi sokongan. Jangan lupa, bahawa Muafakat Itu Berkat. Saya berdoa semoga Allah SWT sentiasa memelihara negeri Johor Darul Ta’zim. Kepada Allah Kami Berserah. Hidup biru, merah, putih”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

    Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

    Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air. Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.

    Sumber artikel: Media JST

    JDT NEWS

    JDT II IMPROVE UMAR

    World-class facilities and experienced teammates at Johor Darul Ta’zim II (JDT II) have helped improve the playing style of national U-19 defender Umar Hakeem...