Menjelang musim baharu 2022, selain mengalami sirkulasi revolusi yang sangat sempurna dalam kolaborasi serta penajaan, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) juga dilihat menjadi ikon terbaik dalam menarik minat penaja. Dari segi kontekstual, koordinasi merangkumi strategi, masa dan realistik sehingga merangkul kejayaan menakjubkan dalam masa yang singkat telah menjadi medan magnet untuk menarik minat penajaan syarikat-syarikat elit dan terkemuka.
REVOLUSI KOLABORASI JDT-NIKE, KEISTIMEWAAN DAN KELAINAN JERSI TERBAHARU MUSIM 2022
Tajaan NIKE adalah berkaitan dengan nilai komersial, publisiti dan kebanggaan bagi JDT. Penajaan NIKE yang memasuki musim ke-8 dilihat antara kolaborasi di peringkat global yang paling efektif.
Pada 18 Februari 2022, JDT telah melancarkan jersi tajaan NIKE yang terbaharu. Konsepsi jersi bagi musim 2022 kekal berpaksikan warna-warna keramat bendera Negeri Johor bagi versi tuan rumah manakala bagi versi tempat lawan, JDT telah mengenakan kombinasi tona putih dan merah jambu. Untuk rekod, kali terakhir JDT tampil bersama jersi yang mempunyai tona Merah Jambu adalah pada musim 2014.
Kualitatif jersi yang dibuka untuk jualan kepada penyokong pada musim 2022 dilihat kontrastif jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. Pada musim ini jersi yang dijual kepada penyokong adalah merupakan versi stadium (stadium version). Istimewanya, jersi ini menggunakan material (DRI FIT) yang hampir sama seperti edisi pemain (player issue).
Selain itu, jersi versi stadium yang bersifat ‘breathable’ ini dilihat lebih eksklusif berbanding edisi penyokong (fans issue) sebelum ini. Untuk pertama kalinya, pada musim baharu ini juga, NIKE telah melancarkan jersi khas untuk wanita dan juga kanak-kanak dan penyokong juga boleh mendapatkankanya di https://jdtfc.com.my/
GABUNGAN NILAI PRESTIJ JDT, NILAI EKSKLUSIF NIKE DAN NILAI MURNI UNICEF
JDT berperanan lebih besar daripada sebuah kelab yang hanya berjuang dalam permainan bola sepak. Konseptual organisasi ini telah membawa bersama nilai-nilai murni serta mempunyai responsif afektif dan kognitif yang kompleks pada distres emosional masyarakat majmuk di Malaysia secara khususnya.
Ketika pengenalan jersi baharu, organisasi JDT telah melancarkan video yang menyampaikan mesej kempen anti-buli (Anti-bullying campaigns). Ianya bertujuan untuk membenteras kejadian buli melalui beberapa strategi kesedaran kepada komuniti tentang tragedi yang semakin berleluasa malah sering berlaku dikalangan kanak-kanak dan remaja termasuk dalam permainan bola sepak.
Bukan sekadar retorik, sejak dari awal kewujudan lagi, organisasi JDT amat prihatin mengenai hak setiap kanak-kanak dan remaja untuk membesar dengan sihat dan gembira, menjalani kehidupan dalam persekitaran selamat juga kondusif, menerima perlindungan perkembangan emosi, nutrisi serta masa depan mereka secara optimum sehingga membawa kepada pengiktirafan penuh penghormatan UNICEF pada 17 Disember 2020.
CATATAN HEBAT MUSIM 2022 BERMULA, JDT-MAB JALIN KERJASAMA
Misi RM1 Billion, hala tuju jelas serta perancangan jangka masa panjang bersistematik, menampilkan JDT representatif sebagai sebuah kelab yang mempunyai stabiliti kewangan, memiliki proteksi, fleksibiliti, berdikari malah mampu menarik minat penajaan syarikat-syarikat gergasi dalam usaha memanfaatkan kekuatan platform penjenamaan masing-masing melalui perkongsian publisiti dan populariti.
Terbaharu, satu sejarah lagi telah tercipta. Sejurus tamatnya pelancaran jersi terbaharu Harimau Selatan, pada 20 Februari 2022, pihak pengurusan JDT telah mengumumkan bahawa syarikat penerbangan nasional Malaysia iaitu Syarikat penerbangan Malaysia Airlines telah bersetuju memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Harimau Selatan.
Ironinya, ketika detik penajaan ini diumumkan secara rasmi, tercatat sebuah alegori hebat Empayar JDT dalam pasca modenisasi bola sepak negara apabila menjadi satu-satunya kelab tempatan yang berjaya mendapat kepercayaan syarikat penerbangan Malaysia Airlines Bhd sebagai rakan penerbangan rasmi.
Imbas kembali, penglibatan syarikat penerbangan nombor satu Malaysia ini dalam sukan bola sepak bukan sesuatu yang baharu. Pada tahun 2011 sehingga 2015, syarikat penerbangan Malaysia Airlines pernah menjadi penaja baharu kepada kelab bola sepak profesional Inggeris yang berpengkalan di White City, London iaitu Queens Park Rangers (QPR).
Sekitar tahun 2016 sehingga 2019 pula, syarikat penerbangan Malaysia Airlines telah menjalin kerjasama bersama kelab gergasi bola sepak Inggeris Liverpool FC. Menerusi kerjasama itu, Malaysia Airlines telah dikenali sebagai Rakan Penerbangan Global Rasmi Liverpool FC untuk tempoh tiga tahun.
Akhir penulisan, kejayaan pelan kontingensi yang dirangka organisasi dalam mendapat kepercayaan syarikat mega dalam dan negara ini, bakal memperluaskan lagi nilai komersial dan pendedahan jenama JDT ke peringkat global.
Luaskan Kuasamu Johor!