Februari 2022 bakal menyaksikan jendela musim baharu Liga Malaysia akan dibuka. Bagi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), ketibaan musim baharu ini sentiasa diiringi bersama aspirasi dan keinginan tinggi untuk mencapai prestasi maksimum serta matlamat yang dikoordinasi dengan begitu sempurna.
    Inspeksi sepanjang bulan Februari 2022, berikut beberapa perkara menarik yang menjadi tumpuan;
    8 FEBRUARI 2022, BERAKHIRNYA JELAJAH PRA-MUSIM YANG ISTIMEWA
    JDT telah menamatkan jelajah pra-musim pada 8 Februari 2022 setelah ‘berkampung’ selama 15 hari di kota metropolitan Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE). FC Rodina Moscow (Rusia), Shahab Al-Ahli (UAE), MSK Zilina (Slovakia), Riga FC (Latvia) dan FC Spartak Moscow (Rusia) menjadi eksperimental dalam gerakan organisasi JDT merekonsiliasi serta memantapkan skuad Harimau Selatan menghadapi musim baharu yang penuh mencabar.
    Di sebalik perlawanan-perlawanan berintensiti tinggi yang telah diaturkan, organisasi JDT sentiasa memastikan setiap komponen dalam pasukan ini terisolasi dari gelombang depresi dalam mencapai objektif.
    Imbas kembali dalam kesibukan skuad JDT mengharungi perlawanan pramusim di Dubai. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah memberi kelonggaran apabila menyediakan itinerari aktiviti riadah. Antaranya adalah para pemain dan kakitangan JDT telah dibawa menikmati hidangan stik di Nusr-Et Steakhouse, diberi peluang merentas Gurun Dubai dengan pengalaman pemanduan penuh mencabar di gurun pasir menggunakan SUV 4X4, menikmati makan malam luar biasa di ‘The Desert Gate’, membelanja di NIKE Town, Dubai Mall dan eksplorasi pelayaran selama 3 jam bermula dari Terusan Marina, melalui lagun Burj Al Arab dan Atlantis The Palm dengan menaiki ‘private cruise’ mewah 90 ft Black Pearl milik Royal Star Yachts.
    KEJUTAN 18 FEBUARI 2022, MENGIRA DETIK MELERAI SEGALA DEBARAN
    Mencetak sejarah, melakar kejayaan, mencipta rekod dan memecah tradisi.
    Konstruktif nama JDT adalah sebuah kelab yang mempunyai misi, visi dan aspirasi yang telah diatur dengan rapi sejak kewujudan. Satu proposisi dari sekadar nama bagi sebuah kelab yang muda dalam Malaysia ke sebuah jenama terkemuka dan terkenal di dunia.
    Konsepsi organisasi JDT yang sentiasa berkeinginan memperbaharui catatan sejarah pada setiap musim baharu telah membawa kepada satu pengumuman bahawa sesuatu yang luar biasa akan berlangsung pada 18 Februari 2022 dengan potensi menarik lebih 75 juta tontonan.
    Elemen kejutan itu pastinya mengundang debaran dan keterujaan kepada penyokong Harimau Selatan. Bukan sekadar retorik, implementasi yang dilakukan oleh organisasi JDT kelak pastinya akan menghasilkan fenomena luar biasa terhadap konseptual, jenama, perspektif serta melonjakkan martabat bola sepak Negeri Johor secara khususnya di mata dunia.
    22 FEBRUARI 2022, ULANGTAHUN KEDUA STADIUM IKONIK KEBANGGAAN
    Pada 24 Januari 2016, DYAM Tunku Mahkota Johor telah membawa khabar gembira kepada penyokong-penyokong setia JDT apabila baginda bertitah akan membina stadium baharu berkelas dunia buat JDT.
    Tidak lama selepas dari hebahan tersebut, pada hari Sabtu, 30 Januari 2016, satu upacara majlis pecah tanah pembinaan stadium baharu di Iskandar Puteri telah diadakan.
    Empat tahun kemudian, pada 22 Februari 2020 telah menjadi sebahagian anotasi dari lipatan sejarah bola sepak Negeri Johor apabila Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dirasmikan dalam acara yang penuh menakjubkan.
    Tanpa sedar, masa telah berlalu dengan pantas. Pada 22 Februari 2022, Stadium Sultan Ibrahim bakal meniti usia dua tahun dan memasuki pascabaharu dalam era komersialisasi.

    Imbas kembali, pada 11 Mac 2021, Stadium Sultan Ibrahim telah diangkat sebagai pemenang undian awam Stadium Of The Year dari laman Web Poland iaitu StadiumDB.com

    mengatasi Allegiant Stadium, Las Vegas serta Ahmad Bin Ali Stadium, Doha. Paling menakjubkan, bagi kategori utama Stadium Of The Year yang dinilai oleh empat arkitek terbaik antarabangsa, Stadium Sultan Ibrahim telah diletakkan pada kedudukan kelima dari sepuluh stadium terbaik di dunia.

    26 FEBRUARI 2022, KERINDUAN TERUBAT, PIALA SUMBANGSIH MENJADI MISI PERTAMA MUSIM 2022
    Piala Sumbangsih 2022 merupakan edisi ke 37 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1985. Namun buat julung kalinya, perebutan gelaran pembuka tirai ini akan diasingkan daripada perlawanan pertama Liga Super Malaysia 2022.
    Maka pada hari Sabtu, 26 Februari 2022, kerinduan penyokong setia Harimau Selatan pastinya akan terubat apabila JDT akan memulakan cabaran pertama pada musim baharu dalam perebutan Piala Sumbangsih menentang Kuala Lumpur City di Stadium ikonik kebanggaan, Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
    Imbas kembali, pada perebutan Piala Sumbangsih musim 2021 yang telah berlangsung pada 5 Mac 2021, Harimau Selatan telah menyempurnakan misi pertama musim tersebut dengan mengekalkan kejuaraan Piala Sumbangsih apabila menewaskan cabaran KDA FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri dengan jaringan 2-0.
    Pada tarikh tersebut juga, satu sejarah baharu telah terlakar apabila JDT menjadi kelab paling lama mempertahankan Piala Sumbangsih setelah berjaya memonopoli kejuaraan selama empat tahun berturut-turut. Untuk rekod, JDT telah merangkul kejuaraan ini sejak tahun 2018 sehingga kini.
    Akhir penulisan, Keluarga JDT! ayuh kita raikan pertemuan semula di bulan Februari!
    Luaskan Kuasamu Johor!