Melihat kembali momentum perlawanan-perlawanan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang lepas. Setiap pencabar begitu progresif dalam setiap gerak balas. Begitu ketara kelab yang pasif berubah menjadi proaktif. Sedaya upaya dikerah tenaga walau dengan mengadaptasi taktikal negatif.

    Namun secara penilaian positif. Ini adalah perkembangan baik yang harus diaplikatif. Semua pasukan perlu mempunyai aspirasi berdaya saing bukan sahaja ketika bertemu JDT. Tetapi sepanjang musim, cabaran ini harus konsisten dalam setiap konkurensi. Percayalah, sekelumit kekecewaan tiada dalam kamus perjuangan Harimau Selatan. Sesukar mana cabaran, tiada mampu melemahkan cengkaman penguasaan penuh keunggulan.

    “Seukur berbaur, setopeng bercuai”

    Semangat kerja berpasukan antara elemen pencetus pelonjak prestasi. Rekomendasi sebagai prinsip multifungsi, ianya sentiasa berotasi atas paksi. Rasionalnya elemen ini sebati diasosiasikan dalam struktural organisasi JDT sejak dahulu lagi. Mempengaruhi seluruh pasukan, selamanya terus komited merealisasikan segala misi dan visi tanpa rasa berbelah bahagi.

    Disebalik memastikan konsentrasi tidak tersasar pula. Fungsional konsisten setiap perlawanan menjadi perkara dasar formula. Seperti menjadi rutin kebiasaan yang menjadi amalan. Mentaliti sentiasa mahukan kemenangan masih segar menjadi pegangan. Bagai multivitamin yang menjana sepenuhnya keyakinan. Agar fokus menghasilkan keputusan yang memberangsangkan.

    Ekstrapolasi memandang kehadapan baki perlawanan yang bakal ditempuh. Harus diakui, realitinya musim ini masih panjang dan bukan saat untuk mengeluh duka berpeluk tubuh. Masih awal untuk merumus andaian dan juga membuat projeksi. Kontradiksinya, menambahbaik segala kelemahan serta perlu mengintrospeksi. Demi mempertahankan reputasi sebagai kelab yang sentiasa mempunyai stabiliti. Disamping mengangkat JDT lebih dinamik menuju superioriti.

    “Lemah melapis, condong menopang”

    Jangan biarkan satu kesilapan menghancurkan seratus kejayaaan. Manusia perlu membuat kesilapan yang paling teruk untuk menjadi terunggul dalam kalangan yang paling unggul. Tanpa kesilapan manusia tidak akan mengetahui apa itu kegagalan, tanpa kegagalan pasti tidak wujud satu kejayaan.

    Memandang kepada perlawanan yang akan datang. Pengurusan, pemain dan penyokong perlu turut bersama-sama berjuang. Ikatan ini harus kuat sempurna berkekalan. Kerana ini adalah teras utama untuk Harimau Selatan mengembalikan rentak kemenangan.

    Benar, JDT dan penyokong bukan seperti keluarga biasa. Keluarga ini terikat dalam rantai hubungan yang begitu luar biasa. Tidak boleh disangkal, tidak boleh dinafikan. Teruskanlah menyokong, jangan biarkan indikator sokongan itu beralih paparan.

    Akhir kalam, diwaktu ini, hanya sokongan dari penyokong Harimau Selatan menjadi pemangkin dan pencetus semangat. Rasionalnya keseluruhan pasukan amat memerlukan semaksimanya sokongan dalam mengharungi intensiti tekanan hebat.

    Demi Johor, cinta ini kekal luhur. Demi Johor, semangat ini tidakkan luntur!

    Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

    Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
    Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.

    Sumber artikel: Media JST

    Hidup Johor Demi Johor