Mohd Ashaari Shamsuddin (lahir pada 7 Jun, 1985) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain bersama Terengganu FA di Liga Super Malaysia. Dia merupakan pemain Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.
Ashaari membuat penampilan pertama bersama pasukan utama kebangsaan ketika bertemu India pada 22 Julai, 2008 di Hyderabad, India. Ashaari menjaringkan gol pertamanya di pentas antarabangsa ketika bertemu Afghanistan dimana dia menjaringkan dua gol. Ashaari juga mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada kejohanan Piala Antara Benua 2008 di Malaysia.
Pada bulan November 2010, Ashaari telah dipanggil oleh jurulatih skuad kebangsaan Malaysia, K. Rajagopal bagi Piala Suzuki AFF 2010. Ashaari telah menjaringkan gol untuk Malaysia menentang Indonesia di dalam pusingan pertama akhir untuk mendapatkan kemenangan 3-0. Malaysia telah memenangi Piala Suzuki AFF 2010 buat pertama kali di dalam sejarah mereka.