Eddy Helmi Abdul Manan (lahir pada 8 Disember, 1979 di Pontian, Johor) merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang bermain untuk Johor FC.
Eddy Helmi merupakan salah seorang pemain yang paling lama bermain untuk Johor FC. Dia telah mewakili pasukan tersebut sejak dari tahun 2001. Pada 2002, Eddy Helmi terpilih untuk mewakili pasukan Malaysia. Dia pernah digugurkan atas kesalahan disiplin.
Dia kembali pada tahun 2007 dan bermain di Kejohanan Bola Sepak ASEAN. Pada Piala Asia 2007, Eddy Helmi hanya bermain dalam satu perlawanan iaitu ketika menentang China.