Norfazly Alias (lahir 31 Mei 1981 di Kuala Terengganu) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang bermain sebagai pertahanan untuk ATM FA dalam Liga Super Malaysia. Dia pada asalnya bermain sebagai pertahanan tengah tetapi boleh juga bermain di posisi pertahanan kiri.