Shahrulnizam Mustapha merupakan seorang pemain bola sepak Malaysia yang beraksi sebagai pemain tengah untuk Perak FA. Untuk tahun 2011, beliau kembali ke pangkuan pasukan negerinya, Perak FA, setelah persembahan cemerlang bersama Kedah. Beliau dikenali menerusi peranan beliau sebagai kepten untuk dua pasukan iaitu, Kedah (2009-2010) dan Perak (2011-kini).