Zairo Anuar Zalani merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk Terengganu FA dalam kancah Liga Super Malaysia. Dia dikenali kerana kekuatan rembatan dan ketajaman dalam melakukan penyudah. Dia merupakan anggota Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.
Zairo membuat penampilan pertama bersama skuad utama Malaysia ketika menentang New Zealand pada 19 Februari, 2006. Bagaimanapun dia gagal menyinar dalam peringkat antarabangsa sehingga tidak disenaraikan untuk mewakili Malaysia sehinggalah dia dipanggil semula untuk menentang India pada 22 Julai, 2008.
Dia kemudian terus diberi tanggungjawab untuk mewakili Malaysia dalam perlawanan menentang Chelsea F.C. dimana Malaysia kecundang tipis 0-2. Pada perlawanan ini, Zairo masuk menggantikan Mohammad Hardi Jaafar.