Dengan abakus menghitung kiraan mata terkumulatif dalam carta kedudukan. Ternyata sengit persaingan sepanjang tiga belas perlawanan yang telah dijalankan. Namun kuatnya efikasi diri Harimau Selatan membawa spektrum cahaya sinar harapan. Perlawanan demi perlawanan, bintang Nova terserlah lebih bergemelapan.

    Tiga puluh mata menjadikan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) beberapa bulan masih kekal berada di puncak persada takhta liga. Namun ini bukan masa sesuai untuk Harimau Selatan mendabik dada serta menarik nafas lega. Harus diakui bahawa perjalanan liga masih jauh, berliku dan penuh dengan rintangan. Maka konsentrasi perlu dijaga agar tidak terleka dengan arus psikososial yang mengganggu visi perjuangan.

    “Melodramatik perebutan persada liga”

    JDT sentiasa bercita-cita dan menanamkan keinginan tinggi untuk mencapai prestasi maksimum. Menetapkan matlamat yang jelas serta sentiasa bangun lantas bangkit segera dengan semangat sekental osmium.

    Imbas kembali, sebaik sahaja persaingan pusingan kedua Liga Super Malaysia dibuka secara drastik. Stadium Darul Aman menjadi destinasi pertama pertembungan epik. JDT berjaya keluar dari sempitnya kubikel. Kesudahannya, tiga mata penuh dibawa pulang secara total. Umpama letusan Tsar Bomba gol saat akhir cukup melumpuhkan Kenari berlagak Helang tidak bermaya. Ionisasi dari ledakan pula telah menutup mulut penglipur lara Malaya berhari-hari lamanya.

    Empat hari selepas itu, pada perlawanan terakhir sebelum liga berehat panjang.
    Di Stadium Bandaraya pula Harimau Selatan datang bertandang. Dengan jiwa membara yang begitu ketara. Menumbangkan egosentrik si penjaga Pulau Mutiara.

    Sebermula saat pertama, umpama rudal hipersonik setiap posisi Harimau Selatan menyerang satu arah. Asakan mega yang telah dikerah, Harimau Kumbang disorientasi pucat lesi tiada darah.
    Semarak semangat Merah Biru dalam kokurensi telah mencipta kontigensi, membuktikan bahawa kemenangan bukan lagi satu delusi.

    Kita pulang dengan penuh rasa kebanggaan. Betapa tiga mata ini, kita kaut dalam masa yang amat tepat dan bersesuaian. Rasionalnya kemenangan kali kesembilan JDT memperlihatkan kita proaktif semakin laju melangkah. Namun disebalik keputusan mutakhir tersebut, sebenarnya naratif ekspedisi baru sahaja bertemu mukadimah.

    “Pengaruh ikatan Keluarga JDT dalam membawa kejayaan buat organisasi”

    Dalam konseptual Keluarga JDT yang terorganisasi. Penyatuan yang wujud dan saling berhubungan tiada isolasi. Hakikatnya pengurusan, barisan kejurulatihan, pemain dan penyokong saling memerlukan. Ini adalah kebenaran, tiada siapa dapat memisahkan.

    Maka jika ada yang jatuh, sama-sama kita tolong bangunkan. Jika ada yang lemah, sama-sama kita membantu kembalikan kekuatan. Jangan terlalu leka dalam mencari kesalahan. Hingga tidak sedar menjadi punca keretakan yang bakal memecah belahkan.

    Akhir kalam, beraksi dalam baki perlawanan yang mendatang bukan sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan usaha keringat berlipat kali ganda. Maka, bersama-samalah kita berdoa dan berjuang mencapai matlamat. Semoga beraksi hebat, cemerlang hingga garisan penamat!

    Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.

    Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
    Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.

    Sumber artikel: Media JST

    Hidup Johor Demi Johor