
REFLEKSI GAYA PRESTIJ PEMAIN BOLA SEPAK HARIMAU SELATAN
“Polisi kami lebih kurang sama dengan kelab-kelab besar yang lain. Kami bukan sahaja bekerja keras untuk melahirkan pemain tetapi kami tetap akan membeli pemain. Kepada sesiapa yang mahu kekal dalam mentaliti ‘anak jati’, sila bangga dengan apa yang anda ada tetapi jangan sibuk mempersoalkan polisi kelab lain”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Tahun dua puluh dua puluh akhirnya meninggalkan kita. Inkarserasi di ruang masa, perginya sekelip mata. Seperti hilang dalam kalendar, ditewaskan oleh soldadu pandemik yang mengintimidasi.
Kontra disebalik tabir balaclava, organisasi Kelab Bolasepak Johor Darul Tazim (JDT) dilihat kekal fokus melunaskan segala misi.
Hasilnya, musim dua puluh dua puluh, semakin ketara pesaing monachopsis. Rasionalnya, tujuh musim mereka mengeluh, kompleksiti hepatik yang diselaputi mikosis.
“Kurniaan terhebat sepanjang kerjaya pemain bola sepak”
Kelab Bolasepak Johor Darul Tazim! Representasi sebuah kelab yang bersifat supranasional. Betapa sempurnanya kelab ini, kerana konseptual yang begitu profesional. Amat bertuah jika mana-mana pemain yang telah ditawarkan menyarung jersi berlogo Harimau Selatan. Rentetan berbagai-bagai penghargaan diberikan berbanding pemain-pemain pasukan lain dalam liga tempatan.
Pemain. Pemain adalah antara asas teras dalam empayar yang gemilang. Bagi DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, pemain adalah komponen yang harus sentiasa dijulang. Bayaran setimpal, motivasi, perlindungan dan kebajikan menjadi keutamaan optimalisasi. Melonjakkan reputasi karier pemain bola sepak, tanpa sebarang unsur yang berhala tuju eksploitasi.
Status dan reputasi yang ada pada kelab ini akan meningkatkan nilai pemain bola sepak secara total. Tanpa skeptikal, JDT di mata dunia adalah sebuah kelab yang semakin berkuasa secara teoretikal.
Stadium baharu dibina begitu cantik juga teliti. Bilik persalinan pula lengkap dengan sauna, tab mandian ais serta jakuzi. Gimnasium yang ada kini dipenuhi peralatan yang membantu melonjakkan prestasi. Padang latihan tertutup terbaik didirikan bersama fasiliti terkini. Konstruksi ibu pejabat rasmi amat spektakular khas untuk organisasi. Hakikatnya, siapa pernah sangka dalam masa sesingkat ini semuanya akan berjaya direalisasi?
“Mengubah mentaliti dan budaya lapuk pengurusan pasukan bola sepak terhadap pemain”
Walaupun JDT hanya sebuah kelab yang berusia muda. Komparatif pasukan pada zaman lalu amat jauh berbeza. Dahulu kebajikan pemain sentiasa dipinggirkan langsung tidak terjaga. Walaupun beraksi bersama pasukan tua berlagak kaya dalam Malaya. Gaji cukup makan dan kadangkala sering tertunggak. Masa depan terlalu kabur, amat sukar untuk dicongak.
Gaji dan pendapatan. Seringkali mengundang kesedihan. Ada di antara mereka menerima gaji yang tidak setimpal dan tidak masuk akal. Kadangkala terpaksa membuat dua kerja kerana tekanan kehidupan yang semakin kritikal. Ekoran gaji yang tidak seberapa, akhirnya ramai pemain yang terdedah kepada gejala rasuah. Tewas dengan hasutan dan tipu daya si pencatur judi yang menabur wang ringgit melimpah ruah.
Kecederaan. Dahulu kecederaan serius adalah satu malapetaka yang boleh menghancurkan. Ada pemain muda yang berbakat terpaksa menamatkan karier kerana tidak mampu menanggung kos perubatan. Konsekuensi pengurusan mengambil sikap tidak ambil tahu dan lepas tangan, juga tidak mahu bertanggungjawab atas segala bebanan.
Namun semuanya kini telah berubah. Wujudnya JDT satu Malaya seperti bangkit dari jendera. JDT telah berjaya mengubah landskap dan budaya bola sepak negara. Segala mimpi ngeri yang dahulu membelenggu setiap pemain bola sepak Malaysia ternyah aktif serta merta, di bawah naungan JDT kerjaya mereka sentiasa dilindungi dan tidak akan sia-sia.
“Strategi perniagaan yang terbaharu”
Musim hadapan adalah musim yang penuh cabaran. Hipotetikalnya pasti tidak akan tersasar perjuangan Harimau Selatan walau banyak halangan.
DYAM Tunku Mahkota Johor pasti akan memastikan Harimau Selatan berketerampilan dan karismatik. Maka strategi perniagaan telah dikoordinasi secara sistematik.
Salah satu strategi perniagaan baharu JDT adalah mendapatkan pemain muda berpotensi dalam dan luar negara untuk diikat. Ideanya pemain yang ditandatangani akan keluar untuk bermain di luar negara secara pinjaman supaya nilai pemain tersebut akan meningkat.
Maka dengan strategi ini, suatu hari nanti kelab akan mempunyai deretan pemain-pemain bintang yang bernilai. Dimana pemain tersebut boleh mewakili kelab atau ditawarkan untuk dijual. Tatacara aplikatif strategi perniagaan ini seharusnya akan menjana lebih banyak pendapatan. Maka organisasi Harimau Selatan akan terlindung dari kekangan masalah dana dan kekurangan sumber kewangan.
Strategi ini terbukti berkesan dalam mengukuhkan kantung kewangan sesebuah organisasi secara nyata. Imbas kembali, sekitar tahun dua ribu tujuh belas, JDT memperolehi keuntungan yang besar setelah berjaya menjual pemain import prolifik Juan Martin Lucero dengan nilai AS$2.5 juta. Pada musim hadapan Syahrian Abimanyu dari Indonesia pula menjadi eksperimentasi terbaru gerakan intelektual organisasi. Pemain muda buatan Garuda ini akan menjadi salah satu perancangan jangka masa panjang yang mahu dimplementasi.
Akhir kalam, selamat datang kepada pemain-pemain baharu JDT pada musim hadapan. Sekalung tahniah kerana memilih kelab profesional yang mempunyai nilai kompetitif, berdaya saing dan begitu unggul dalam penampilan.
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor