Sejak tahun 2013, kolaborasi adalah elemen penting dalam kaedah perubahan lanskap, meningkatkan kualiti, serta anjakan paradigma Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT).

    Menyelongkar retrospeksi musim 2023, selain berjaya mengeratkan lagi hubungan dan kesefahaman bersama rakan kolaborasi sedia ada, JDT juga berjaya menambah sekutu yang turut menyediakan ruang kondusif meliputi infrastruktur, penjenamaan serta pendidikan lantas memberi keistimewaan, kelebihan termasuk manfaat kepada organisasi.

    KEISTIMEWAAN KOLABORASI JDT DAN SHARJAH FC, RUANG KONDUSIF JELAJAH PRAMUSIM

    Menjelang musim baharu 2023, organisasi JDT telah diterbangkan buat kali ketiga ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk siri perlawanan persahabatan pramusim menjelang musim baharu 2023.

    Bukan sekadar retorik, jelajah pramusim yang telah diaturkan oleh organisasi JDT telah mendapat liputan ekstensif media dalam dan luar negara sepanjang 15 hari berkampung di selatan Semenanjung Tanah Arab tersebut.

    Disebalik perlawanan persahabatan berintensiti tinggi dan latihan pramusim di Stadium multifungsi The Sevens Stadium, Dubai, JDT membuka lembaran musim 2023 dengan menambah senarai panjang rakan kolaborasi terbaharu.

    Imbas kembali, pada 1 Februari 2023, Sharjah FC iaitu sebuah kelab bola sepak profesional terkemuka Asia yang bersaing dalam Liga Pro UAE (ADNOC Pro League) telah bersetuju untuk bekerjasama bersama JDT. Segalanya bermula selepas kunjungan pemilik Kelab JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ke kelab yang berpangkalan di Sharjah ketika latihan pramusim Harimau Selatan di Dubai.

    Paling istimewa, Sharjah FC telah menawarkan JDT menggunakan kemudahan-kemudahan bertaraf dunia milik kelab tersebut seperti padang latihan, stadium mini, pusat medikal, gimnasium secara percuma.

    KELEBIHAN KOLABORASI JDT-IKEA-TOPPEN, RUANG KONDUSIF PENYOKONG HARIMAU SELATAN

    Memasuki pascabaharu dalam era komersialisasi empayar Harimau Selatan, Implikasi positif kombinasi penjenamaan merangkumi penglibatan peminat, capaian global, nilai prestij, potensi mengakses peluang pemasaran dan hospitaliti eksklusif merupakan pulangan dari pengaruh kekuatan platform perkongsian publisiti dan populariti bersama rakan penaja.

    Sekitar 5 Oktober 2023, interpolasi kerjasama pintar antara JDT-IKEA-TOPPEN telah termeterai. Konsekuensi berdasarkan perjanjian bernilai jutaan ringgit yang berjangka hayat selama 3 tahun ini bakal melonjakkan superioriti penyokong Harimau Selatan ke satu lagi kelas yang berbeza.

    Kelebihan dari kolaboratif tersebut, penyokong JDT bakal menerima Rumah Kelab JDT ‘The Topp’ yang bakal dibuka pada awal 2024 di ruang atas bumbung Pusat Beli-belah Toppen. Ruang khas itu akan dilengkapi lot khas jualan barangan rasmi Harimau Selatan, ruang khas layar gergasi berkapasiti 4000 orang untuk menonton perlawanan melibatkan JDT, diskaun istimewa pembelian barangan di IKEA Tebrau, sesi ramah mesra dengan pemain dan aktiviti CSR bersama. Selain itu, reka bentuk estetik IKEA for Business juga bakal bagi diletakkan di kawasan-kawasan tumpuan di Stadium Sultan Ibrahim.

    Secara dasarnya keserasian dan kesefahaman gandingan JDT-IKEA-TOPPEN telah terlihat sejak awal tahun 2023 lagi apabila menganjurkan kempen pemasaran bersama, acara komuniti, sokongan pemain dan aktiviti promosi selain mencipta pengalaman unik untuk penyokong Harimau Selatan antaranya penganjuran Majlis Pelancaran JDT Fans Token di pusat beli belah Toppen, tawaran baucer RM100 oleh IKEA Tebrau kepada penyokong yang memakai jersi JDT dan beberapa program lagi.

    MANFAAT KOLABORASI JDT-UTM, RUANG KONDUSIF PENDIDIKAN PELATIH AKADEMI JDT

    Organisasi JDT mempunyai kesedaran mengenai kepentingan keseimbangan akademik dan sukan untuk pembangunan intelek serta kejayaan jangka panjang pelatih Akademi Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Dari sudut kontekstual, keseimbangan dimensi akademik dan sukan amat terbukti mampu melahirkan seorang pemain bola sepak yang memiliki pemikiran kritis, pengurusan masa yang efektif, displin serta berprinsip dan seterusnya mobiliti sosial atau perubahan status sosial pelatih itu di masa hadapan.

    Konsekuensi berdasarkan faktual tersebut, ianya membawa kepada sebuah jaringan kerjasama JDT-Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula musim 2015 bagi memperkasakan polisi tersebut.

    Manfaat melalui kerjasama ini, UTM menyediakan fasiliti penginapan, kemudahan padang latihan serta menyelia utiliti fasiliti yang disediakan. Tidak stagnasi disitu, pelatih Akademi JDT ini turut diberi peluang kemasukan pengajian ke UTM melalui Program Laluan Hijau.

    7 Jun 2023, satu perbincangan fasa akhir antara JDT-UTM mengenai pelaksanaan Program Diploma Sains Sukan & Kecergasan khas untuk pelatih lepasan sekolah Akademi JDT. Menerusi program tersebut, pelatih Akademi JDT akan ditawarkan untuk mengikuti pengajian peringkat Diploma seterusnya diberi pilihan untuk meruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda.

    Akhir kata, musim baharu, cerita baharu, pelan kontingensi baharu yang dirangka organisasi pastinya akan memperluaskan lagi sempadan jaringan kolaborasi JDT. Tiada batas, tiada had, usaha ini tidak pernah berhenti.

    Luaskan Kuasamu Johor!