Sejak tahun 2014, penajaan syarikat barangan sukan terbesar di dunia NIKE kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Taโ€™zim (JDT) mengalami sirkulasi revolusi yang sangat sistematik. Bermula dengan menaja jersi menggunakan rekabentuk sedia ada sehinggalah JDT mencatat sejarah baharu dalam bola sepak negara apabila menjadi kelab kedua di Asia Tenggara selepas Kelab Chonburi dari Thailand menerima kit jersi yang direka khas oleh Ibu Pejabat NIKE di Amerika Syarikat.

    BAB PERTAMA, ERA BAHARU PENAJAAN

    Musim 2019 menjadi titik tolak revolusi kolaborasi, JDT menerima rekaan khas jersi yang mempunyai simbolik disebalik penampilan.

    Pada tahun itu, JDT menerima dua variasi jersi melibatkan rekaan jersi tuan rumah dan tempat lawan sekaligus menjadikan penampilan pertama JDT di saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2019 dan saingan Liga Malaysia musim 2019 berketerampilan lebih eksklusif.

    Selain mengekalkan warna rasmi panji Negeri Johor iaitu merah biru pada jersi tuan rumah, NIKE mengeluarkan rekaan bewarna ungu bagi versi jersi tempat lawan yang diilhamkan daripada model Ferrari iaitu โ€˜LaFerrariโ€™ milik pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. Kereta koleksi amat terhad 949HP ini diperbuat sepenuhnya dari serat karbon (carbon fiber) dan hanya diproduksi sebanyak 499 unit di dunia.

    Tidak stagnasi disitu, JDT menjadi satu-satunya kelab dalam Malaysia yang bukan sahaja menerima tajaan kit jersi tetapi juga melibatkan penajaan dari segi dekorasi stadium dan juga pusat latihan JDT dengan panel-panel iklan NIKE.

    Paling menarik perhatian, berlokasi di salah satu sudut tempat duduk penyokong Stadium Sultan Ibrahim, telah terpapar logo mega โ€œSwooshโ€ menghiasi bahagian tempat duduk penyokong dan kini menjadi salah satu mercu tanda ikonik stadium.

    BAB KEDUA, MERAH BIRU DAN NGAUMAN

    24 April 2024. Debaran telah terlerai. Dalam keinginan organisasi JDT berkongsi keterujaan memperkenalkan jersi terbaharu musim 2024-25 tajaan NIKE kepada penyokong Harimau Selatan, satu upacara pelancaran jersi telah diadakan secara besar-besaran. Majlis pelancaran tersebut telah diisi dengan persembahan artis-artis tempatan, pertunjukan โ€˜Laser dan Effectsโ€™ serta persembahan โ€˜drumlineโ€™ dari komuniti Boys of Straits. Selain itu premis makanan serta minuman turut disediakan di luar perkarangan stadium untuk kemudahan penyokong JDT.

    Inspeksi rekabentuk jersi bagi musim baharu 2024-25, ianya didatangkan dengan tiga versi iaitu tuan rumah, tempat lawan dan alternatif. Jersi kombinasi tona biru dan merah bagi versi tuan rumah manakala jersi bertona putih disulami jalur merah di bahagian leher serta lengan bagi versi tempat lawan. Konsepsi kedua-dua jersi ini kekal berpaksikan warna-warna keramat panji negeri Johor. Lebih istimewa, telah tertera nama โ€˜Harimau Selatanโ€™ dibahagian dalam (dye in) jersi kedua-dua versi jersi tersebut.

    Pada musim 2024 juga, sekitar 7 April 2024, JDT telah memperkenalkan jersi alternatif. Buat julung kalinya JDT mengenakan jersi bewarna lebih energetik, hijau pendarfluor iaitu hijau yang mempunyai warna primer dan sekunder sangat terang. Sehari selepas itu, pada 8 April 2024, kit jersi penjaga gol yang mempunyai 3 variasi warna iaitu hijau, ungu dan biru lembut juga telah dipertontonkan kepada umum.

    Untuk makluman, NIKE telah menggunakan material tekstil Dri-FIT dan diperbuat 100% daripada polyester serta bersifat ‘breathable’ untuk ketiga-tiga versi jersi termasuk jersi penjaga gol.

    Akhir kata, penajaan dan kerjasama gagasan JDT-NIKE kini telah memasuki musim ke-10. Secara konseptualnya, ianya dilihat sebagai antara kolaborasi jangka masa panjang di peringkat global yang paling efektif serta berkaitan rapat dengan nilai komersial, publisiti dan kebanggaan.

    Luaskan Kuasamu Johor!