DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan ucapan tahniah kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia.
    Baginda Tuanku Sultan turut bangga dengan pelbagai pencapaian yang dikecapi skuad Harimau Selatan itu di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
    DYMM Sultan Johor turut menzahirkan ucapan syabas kepada JDT yang turut
    melengkapkan kejuaraan ‘quadruple’ kali kedua berturut-turut.
    “Saya juga ingin menzahirkan penghargaan kepada sokongan padu yang sentiasa diberikan rakyat Johor serta penyokong tegar skuad Harimau Selatan.
    “Kejayaan ini juga kepada anda semua yang sentiasa bersama JDT,” titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) hari ini (9 Disember).
    Terdahulu, Baginda Tuanku Sultan yang sedang menikmati santapan minum petang di Paul, di ibu negara dikejutkan dengan keberangkatan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
    Berangkat sama, YAM Che’ Puan Besar Khaleeda dan paduka anakanda.
    DYAM Tunku Mahkota Johor turut berkenan mempersembahkan trofi Piala Malaysia kepada DYMM Sultan Johor.
    JDT menewaskan Terengganu FC pada perlawanan akhir Piala Malaysia 3-1 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, semalam.