Pasukan Bola Sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan salah sebuah pasukan bola sepak di Malaysia. Pasukan ini diuruskan oleh Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan ini merupakan salah satu pasukan dalam Liga Super Malaysia, iaitu liga tahap pertama dalam pertandingan Liga Malaysia. Bagi musim 2013, pasukan ini bersaing dalam Liga Super Malaysia setelah menjuarai Liga Perdana Malaysia pada musim sebelumnya. Pada musim 2019, pasukan ini telah dijenamakan semula sebagai Kelab Bolasepak Armed Forces (Armed Forces FC), bersempena ulang tahun penubuhan kelab yang ke-100. Untuk musim 2020, pasukan ini bermain dalam Liga M3 Malaysia. Iaitu peringkat divisyen 3 dalam liga Malaysia.