Pasukan-pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam bola sepak, futsal dan permotoran masing-masing menduduki tangga teratas kejohanan setakat ini dalam musim 2024, satu tahap konsistensi yang dibawa menerusi kepimpinan, visi dan DNA yang mantap kelab ini.

    Penguasaan dalam bola sepak jelas apabila masih kekal tanpa kalah dalam kesemua empat kategori tertinggi yang dipertandingkan.

    Pasukan utama telah memenangi empat perlawanan berturut-turut dalam Liga Super Malaysia, JDT II di tangga teratas Piala MFL dengan rekod 100% dari tiga perlawanan awal liga, JDT III kini mendahului dengan lima mata dalam Kumpulan A Piala Presiden selepas sembilan perlawanan manakala JDT IV mendahului Kumpulan B kejohanan Piala Belia. JDT juga mendahului kedudukan Liga Premier Futsal Kebangsaan.

    Manakala pasukan JDT Racing Team pula cemerlang dalam penampilan pertama mereka di Kejohanan Asia Road Racing Championship dengan pelumba, Hafizh Syahrin mendahului kategori ASB 1000 selepas tiga dari enam pusingan. Luaskan Kuasamu Johor.

    ———

    TOP IN FOOTBALL, FUTSAL & RACING!

    Johor Darul Ta’zim FC (JDT) teams in football, futsal and racing are all top of standings in their respective competions thus far in 2024, a level of consistency brought about by the strong leadership, vision and DNA at the club.

    Dominance in football is evident with an unbeaten record across the top four categories contested.

    The first team have four wins out of four to sit atop the Malaysia Super League, JDT II are top of the MFL Cup after a 100% record in the opening three matches, JDT III have a five points lead in the President’s Cup Group A after nine matches while JDT IV lead the Youth Cup Group B. JDT also lead the Malaysia Premier Futsal League Division 1 standings.

    JDT Racing Team meanwhile are making heads turn in their Asia Road Racing Championship debut with rider Hafizh Syahrin leading the ASB 1000 category after three of six rounds. Luaskan Kuasamu Johor.

    Hidup Johor Demi Johor