SEJARAH BULAN INI DALAM ARKIB JDT — NOVEMBER

    Berikut antara catatan menarik yang pernah dilakar Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada bulan November;

    1. 22 November 2013, JDT memperkenalkan logo baharu bermula musim 2014.

    2. 4 November 2017, JDT muncul juara Piala Malaysia buat kali pertama menerusi kemenangan 2-0 ke atas Kedah FA pada aksi final di Stadium Shah Alam.

    3. 2 November 2019, JDT muncul juara Piala Malaysia buat kali kedua menerusi kemenangan 3-0 ke atas Kedah FA pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

    4. 6 November 2020, Arif Aiman Hanapi yang ketika itu baharu berumur 18 tahun muncul penjaring termuda JDT apabila menjaringkan 1 gol pada perlawanan Piala Malaysia 2020 antara JDT dan Kuching FA di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

    5. 26 November 2022, JDT muncul juara Piala Malaysia buat kali ketiga menerusi kemenangan 2-1 ke atas Selangor FC pada aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

    6. 26 November 2022, sejurus meraih Piala Malaysia 2022, JDT mencatat sejarah dalam penganjuran Liga Malaysia apabila menyapu bersih empat piala dalam satu musim lantas menjadi kelab pertama merekodkan kejayaan tersebut— ‘Quadruple’!

    7. 28 November 2022, Perlawanan persahabatan antara JDT dan Borussia Dortmund di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

    8. 2 November 2023, penampilan ke-100 Matt Davies bersama JDT ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023 menentang Perak FC di Stadium Sultan Ibrahim.

    9. 23 November 2023, penampilan ke-100 Bergson da Silva bersama JDT ketika perlawanan Liga Super Malaysia menentang Kuching City di Stadium Sultan Ibrahim.

    10. 23 November 2023, ‘clean sheets’ ke-100 Farizal Marlias bersama JDT ketika kemenangan 2-0 JDT ke atas Kuching City dalam Liga Super Malaysia 2023 di Stadium Sultan Ibrahim.

    Luaskan Kuasamu Johor.

    ———

    THE MONTH IN JDT’S HISTORY – NOVEMBER

    Here are some of the notable milestones achieved by Johor Darul Ta’zim FC (JDT) in the month of November;

    1. 22 November 2013, JDT introduced a new logo to be used starting from the 2014 season.

    2. 4 November 2017, JDT won the Malaysia Cup for the first time with a 2-0 victory over Kedah FA in the final at the Shah Alam Stadium.

    3. 2 November 2019, JDT won the Malaysia Cup for the second time with a 3-0 victory over Kedah FA in the final at the Bukit Jalil National Stadium.

    4. 6 November 2020, Arif Aiman Hanapi, then only 18 years old, became JDT’s youngest scorer after scoring a goal in the 2020 Malaysia Cup match between JDT and Kuching FA at the Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Stadium, Larkin.

    5. 26 November 2022, JDT won the Malaysia Cup for the third time with a 2-1 victory over Selangor FC in the final at the Bukit Jalil National Stadium.

    6. 26 November 2022, immediately after winning the 2022 Malaysia Cup, JDT made Malaysian football history by clinching all four major trophies in a single season, becoming the first club to achieve the Quadruple feat!

    7. 28 November 2022, a friendly match between JDT and Borussia Dortmund took place at the Sultan Ibrahim Stadium, Iskandar Puteri.

    8. 2 November 2023, Matt Davies made his 100th appearance for JDT during the second leg of the 2023 Malaysia Cup semi-finals against Perak FC at the Sultan Ibrahim Stadium.

    9. 23 November 2023, Bergson da Silva made his 100th appearance for JDT in the Malaysia Super League match against Kuching City at the Sultan Ibrahim Stadium.

    10. 23 November 2023, Farizal Marlias kept his 100th clean sheet for JDT during a 2-0 victory over Kuching City in the 2023 Malaysia Super League at the Sultan Ibrahim Stadium.

    Luaskan Kuasamu Johor.

    Hidup Johor Demi Johor