His Royal Highness Tunku Ismail, The Regent of Johor and HRH Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda of Johor visited 10-year-old Izzul Islam Azuan Isaidi who was recently reported as a victim of bullying that suffered a concussion affecting his livelihood.

    Also accompanying His Royal Highness at KPJ Puteri Specialist Hospital, Johor Bahru were Chief Minister of Johor YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Johor State Secretary YB Dato’ Asman Shah Abd Rahman and Johor Darul Ta’zim FC player Arif Aiman.

    “Bullying must be curbed and stricter enforcement measures must be implemented immediately to ensure that educational institutions are a safe place for children,” His Royal Highness decreed. Luaskan Kuasamu Johor.

    Hidup Johor Demi Johor

    ———

    PEMANGKU SULTAN JOHOR MELAWAT MANGSA KES BULI

    Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan DYAM Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor berangkat melawat adik Izzul Islam Azuan Isaidi, berumur 10 tahun, yang dilaporkan menjadi mangsa buli dan mengalami gegaran otak sehingga menjejaskan kehidupannya.

    Turut mengiringi keberangkatan Baginda ke Hospital Pakar Puteri KPJ, Johor Bahru adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Asman Shah Abd Rahman, Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dan Arif Aiman, pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.

    “Gejala buli harus dibendung dan langkah-langkah penguatkuasaan yang lebih ketat perlu dilaksanakan dengan kadar segera bagi memastikan setiap institusi pendidikan adalah kawasan yang selamat bagi kanak-kanak,” titah Baginda. Luaskan Kuasamu Johor.