SEJARAH BULAN INI DALAM ARKIB JDT — MEI

    Berikut antara catatan menarik yang pernah dilakar Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pada bulan Mei;

    1. 14 Mei 2016, JDT muncul juara Piala FA buat kali pertama menerusi kemenangan 2-1 ke atas PKNS FC pada aksi final di Stadium Shah Alam.

    2. 8 Mei 2019, JDT membuat kejutan menundukkan penyandang juara Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2018, Kashima Antlers 1-0 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin. Kemenangan pada aksi kelima Kumpulan E Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019 itu juga merupakan kemenangan pertama JDT dalam saingan berprestij tersebut.

    3. 20 Mei 2021, Bergson Da Silva ditandatangani secara tetap.

    4. 21 hingga 23 Mei 2023, Stadium Sultan Ibrahim menjadi wakil Malaysia pertama dijemput untuk menganggotai Persatuan Pengurusan Venue (Asia dan Pasifik) di Asia-Pacific Venue Industry Congress ke-30 yang berlangsung di Melbourne, Australia.

    5. 10 Mei 2024, JDT mengumpul trofi ke-27 sejak 2013 dengan menjulang Piala Sumbangsih buat kali ketujuh berturut-turut serta sembilan kali secara keseluruhan.

    Luaskan Kuasamu Johor.

    Hidup Johor Demi Johor