“Saya tidak dilahirkan dan dididik untuk bercakap kosong. Jika saya bercakap mengenai sesuatu perkara, saya akan laksanakan. Kalau saya berjanji, saya akan berusaha merealisasikan janji itu. Insya’Allah”- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
Berseri di pilar langit Jauhar cahaya Kartika. Menerangi rotasi sistem koordinat ekliptika. Mutlak mendakap kejuaraan buat kali ketujuh. Ianya tertulis milik kita pada musim dua puluh dua puluh. Disaat kebanyakan pasukan lain masih disorientasi bergelut dengan penswastaan. Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) pula stabilisasi mencatat kejayaan demi kejayaan.
Dalam konseptual cetusan legasi kita ektrapolasi. Semestinya sempurna DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor koordinasi. Menimbulkan perasan gembira, teruja dan kagum mencapai titik paling maksimal. Mengakibatkan palpitasi berdegup laju seakan menjadi begitu abnormal. Harimau Selatan masih kekal bergelar juara bertahan secara faktual. Walaupun dihurung provokasi murahan yang begitu kurang nilai intelektual.
Rasionalnya dengan kejuaraan kali ketujuh yang berjaya dirangkul secara kontinuiti. Gandingan Pengurus Luciano Figueroa dan Ketua jurulatih Benjamin Mora telah membuktikan bahawa mereka mempunyai identiti dan hebatnya kredibiliti.
Dua puluh enam mata sudah cukup menobatkan Harimau Selatan sebagai Maharaja yang supremasi. Liga Super Malaysia belum berakhir tetapi kita sudah mencapai matlamat secara konsistensi.
“Imej tumpu dua Oktober”
JDT berjaya menundukkan Sabah dengan jaringan empat satu. Acara menjulang piala terus dilangsungkan pada malam itu. Pesta keraian kali ini diadakan amat ketara berbeza. Tetapi masih mengekalkan nilai prestij dan eksklusif bergaya sang juara. Percikan bunga api berwarna-warni menerangi rona awan hitam Iskandar Puteri menjadi naratif. Buat pertama kali, piala Liga Super Malaysia dijulang di Stadium Sultan Ibrahim yang gemilang dan penuh kualitatif.
Imbas kembali, sebelum bermula perlawanan. Penyerahan penghargaan kepada Gonzalo Cabrera telah diadakan. Beliau dianugerahkan sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman. Setelah terkumpul lima puluh tujuh gol yang telah berjaya dijaringkan sepanjang menyarung jersi Harimau Selatan.
“Perlawanan terakhir Safawi Rasid”
Nombor dua puluh sembilan.
Ini detik paling sedih untuk diceritakan.
Siapapun antara kita tidak dapat menduga bahawa pada malam itu adalah malam terakhir Safawi Rasid diturunkan sebagai pemain JDT. Sehinggalah terlihat disebalik jersi ayat tertulis “i will miss you JDT Family”. Perasaan kita pastinya semakin skeptis, keliru, gusar dan muncul sedih. Apa lagi sebaik tamat perlawanan, Safawi dilihat sugul menangis ketika dipeluk rakan dan barisan jurulatih.
Apa terjadi? Adakah indikator secepat ini pemergian Safawi? Rupanya memang benar dan tidak dapat disangkal lagi. Gelaran ketujuh dan Safawi bakal menjadi kandisnya memori. Akhirnya telah tiba masa, Safawi terpaksa meninggalkan keluarga besar Merah Biru. Maka suratan itu perlu diterima seadanya, semoga dimasa hadapan kita akan segera kembali bertemu.
Selamanya menjadi ingatan dan tidak akan dilupa. Safawi Rasid adalah ikon paling terbaik buat pemain muda. Dalam usia baru mencecah sembilan belas tahun Safawi Rasid mula berkelana. Menyertai JDT ketika ramai ragu-ragu apakah kelebihan beliau yang luar biasa. Sehingga dapat menarik minat DYAM Tunku Mahkota Johor. Malah berjaya menyarung jersi kelab terkenal, terbaik dan paling tersohor.
Sekitar tahun dua ribu enam belas. Dengan kepercayaan yang tegas dan jelas. Apabila ditanya kenapa DYAM Tunku Mahkota Johor memilih Safawi tanpa sangsi? Dengan senyum baginda memberi projeksi dan juga prediksi. Bahawa Safawi mempunyai reputasi, magis dan potensi. Hanya kira detik untuk anak muda ini merealisasi impian dan mencapai ambisi.
Ramalan baginda itu benar-benar menjadi kenyataan. Kini setelah lebih kurang empat tahun bersama JDT, Safawi Rasid bergelar bintang yang berjaya diproduksikan. Berbagai-bagai pengalaman baik dalam dan luar negara telah beliau rasai sepanjang aksi permainan. Kejuaraan empat kali Liga Super, dua kali Piala Malaysia dan tiga kali Piala Sumbangsih membuktikan bahawa beliau adalah pemain yang layak menjadi legenda Harimau Selatan.
“Ada apa dengan tujuh?”
Kali ini mengekalkan gelaran tujuh tahun berturut-turut membawa bersama tujuh perkara.
Pertama, JDT kekal sebagai kelab paling berkuasa dalam negara. Kedua, kejayaan ini tetap mahu dirai DYAM Tunku Mahkota Johor bersama penyokong JDT yang sentiasa setia. Ketiga, air mata Benjamin Mora mengalir membuktikan beliau bukan suatu pilihan yang salah. Keempat, akhirnya Safawi, Tunku dan JDT terpaksa akur untuk berpisah. Kelima, pemergian Safawi memperlihatkan bahawa DYAM Tunku Mahkota Johor seorang yang amat mengutamakan masa depan karier pemain muda Malaysia. Keenam, baginda juga akan memastikan JDT tidak terlalu selesa dibuai kejayaan dan mengekal momentum di masa hadapan. Dan ketujuh, JDT tidak sesekali gentar dengan apa sahaja reputasi pasukan yang dicanang mahu menjadi pencabar kejuaraan. Maka kontradiksinya silakan, sekelumit gentar tiada langsung dalam kamus perjuangan Harimau Selatan.
Akhir kalam, terima kasih atas kejuaraan ketujuh ini DYAM Tunku Mahkota!
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel : Media JST
Hidup Johor Demi Johor