Johor is Complete.

    Permulaan ayat Tunku Mahkota yang cukup indah. Jelas ia memberi maksud yang mendalam. Ia juga menampakkan perwatakan seorang ketua yang cukup yakin dengan segala apa yang ada di sekeliling. Sekali pandang, ini adalah isyarat bahawa Tunku Mahkota telah bersedia untuk membawa negeri Johor Darul Ta’zim ke tahap seterusnya.

    Duhai pembaca yang dirahmati, saya bawa anda semula ke penghujung tahun 2012. Waktu itu, selepas perlawanan antara Johor FA dan Johor FC, seorang putera raja pergi ke tengah padang bolasepak untuk memberikan ucapan. Di dalam keadaan hujan, putera raja ini telah diherdik oleh penyokong sendiri. Dengan penuh keyakinan, putera raja ini berjanji di hadapan semua penyokong, bahawa baginda akan mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Johor. Selang beberapa tahun, putera raja ini telah menunaikan janji tersebut.

    Ingin saya imbas kembali pepatah yang pernah saya selitkan dalam nukilan sebelum ini. “Empat gasal, Lima genap. Dikendur berdentang-dentang, ditegang berjela-jela”. Sentiasa ingat, tutur kata seorang yang bijaksana, banyak yang tersembunyi maksudnya. Tunku Mahkota Johor tidak akan bersuara dengan bersahaja. Ia pasti diselitkan dengan peringatan, mahupun petunjuk kepada semua.

    Bicara tentang petikan ayat daripada laman media sosial Tunku Mahkota Johor ini. Mungkin ramai tidak sedar tentang mesej yang hendak di sampaikan. Ia membuktikan bahawa Tunku akan terus menerus meletakkan negeri Johor sebagai agenda utama. Ia juga seakan memberi isyarat bahawa Tunku tidak akan berhenti dengan segala apa yang Tunku mulakan.

    Bak kata pepatah barat, “Work hard in silence, and let your success do the talking”.

    Wahai bangsa Johor, kekal bersatu demi negeri Johor Darul Ta’zim. Kerana itu adalah semangat dan kekuatan buat Tunku Mahkota Johor. Fokus kepada ayat penutup Tunku, “Our Johor”.

    Junjung kasih Tunku. ❤️💙

    Ikhlas,
    FK

    JDT NEWS

    An interview with Matt Davies

    “I have nothing but good things to say about the club and the people here, and I am loving every moment of it. “I...